
hari ni ada asatu gerombolan(tak sampai 20 orang) yang berdemo kononnya daripada gerakan mendesak PAS supaya keluar daripada pakatan rakyat di Selangor.haha..lawaknya....
"say:bad things and good thing are not the same,even though the abundance of the bad things may seem attractive to you.have fear Allah,people of intelligence,so that hopefully you are succesful" (5:100)
Salam
Menyoroti keputusan PRK N31 Bagan Pinang yany menyaksikan BN dapat mempertahankan gawang gol mereka malah dapat menerobos gawang Pas dibeberapa UPU yang dimenangi oleh Pas semasa PRU 12 dahulu denagn mata yang yang lebih besar. Malang bagi pejuang anti rasuah kerana orang yang pernah disabitkan bersalah dalam politik wang diangkat semula. Benarlah, sejarah perlu dilupakan!
Beberapa iktibar dan istifadah yang boleh di ambil
1. Sokongan rakyat bukan bersandarkan mood
Sesetengah pimpinan pembngkang menganggap mood rakyat masih kepada pembangkang melihat kepada PRU dan siri Prk yang lepas. Analisis mood rakyat tidak dapat dijadikan sandaran.
2. Sokongan rakyat boleh bersandar kepada kemapuan memerintah dan mentadbir
disebabkan oleh banyaknya siri pilihan raya kecil selepas RRU, saya melihat kelancaran mentadbir sesebuah negeri agak terganggu. Pakatan Rakyat seharusnya memberikan tumpuan dalam usaha mereka untuk menunaikan janji PRU. tugas berat mereka adalah untuk menunaikan janji mereka yang agak idealistik,namun bukan sahaja tidak nampak kemana janji mereka malah pentadbiran juga turut tertanggu di sebabkan pergeseran sesama mereka dalam komponen. Krisis di selangor,Penanti dan sebagainya sapatutnya wajib dielakkan sama sekali. Kerana mereka perrlu ingat, mereka perlu menghadapi cabaran dari BN yang sentiasa akan mengganggu pentadbiran PR supaya nampak tidak lancar. Kalau isu dalam selimut pakatan pun tak dapat dielakkan, bagaimana nak hadapi ancaman luar BN??
Masalah exco selangor, masalah yb Pkr dan sebagainya sedikit sebanyak memaualkan rakyat!!
3. Keyakinan yang melampau
Kadangkala perkataan yang keluaar dari pembangkang juga ada yang berbunyi riak dan takabbur! tuhan marah la..
4. Manhaj parti yang perlu diperkukuhkan lagi.
Elemen Tarbiyyah yang perlu diperkasakan kerana ahli makin ramai. Banyak orang banyak ragamnya. Isu fundamental seperti wala' , tadhiah, dan sebagainya perlu diperkasa segera.Jangan leka dengan kemenangan!
5. Pemerkasaan jentera parti semasa pilihanraya.
Strategi perlu disusun dari sekarang, segala perkara teknikal pilihanraya perlu diselesaikan dari sekarang,jangan tunggu nak Praya baru nak terkial-kial.
6. Perluas dakwah. dalam hal ini saya humbly menemplak sesetengah pendakwah parti yang hanya berdakwah kepada ahli. Yang lebih penting mad'u dari kalangan ahli parti lawan. Ada juga pendakwah mengambil pendekatan yang keras dengan menghentam habis habisan dalm ceramah di surau dan sebagainya, akhirnya yang tersa hati lari dan yang datang hanya totok kepada parti.Buek apo!!!
7. Dalami lebih banyak ilmu,klu kita hari-hari mengaji tauhid,hudud,ibadat tapi tak pulak cuba belajar ilmu pentadbiran,pengurusan, macam mana parti nak terurus dgn baik?
8.Akhirnya, bagan pinang memberi isyarat bahawa jangan mudah leka,takabbur,perbaiki segera kelemahan, dan kerja kuat untuk menghadapi Praya akan datang. Liku perjuangan bukan dibentang dengan kapet merah tapi direntangi cabaran,mehnah,tribulasi dari dalam apatah lagi dari luar! Ayuh bangkit ! La tahzan!
memang runsing kalau nak berbincang pasal politik ni. sebab tu bila time raya ni ade member yg nak bukak topic politik, aku cakap lain kali la kita sembang pasal politik. Sbb memang penin kate org Perok!
Selangor oh Selangor!
Bukan senang nak dapatkan negeri yg maju ni.PRu 12 dah buktikan kemampuan Barisan Alternatif(PR) untuk dapatkan negeri yang maju ni.Tapi sayang disebbkan oleh kemenangan yang mengejut ni,Pr nampaknya gagal mengawal keadaan.Umpama orang yang memang tak de plan nak menang,itulah keadaan selangor sekarang.Bukan sahaja nampak tak terdaya menahan tujahan jahat puak lawan, malah duri dalam daging pon tak dapat dikesan. pentadbiran tak nampak lancar, ade saje bangkangan. Hairannya,takkan lah mereka ni tak boleh nak duduk satu meja dan berbincang dengan baik, rather than keluar kenyataan di media mahupon blog sendiri. Lihat lah betapa tidak matang mereka mentadbir,hal-hal yang kecil nampak susah nak diselesaikan. Krisis dalaman dalam party juga nampak tak dapat di sembunyi.mmmmmm...hairan
Banyak isu yang tak dapat di tutup.Ingatlah untuk mendapatkan selangor bukan lah suatu yang mudah,jangan dek kerana leka dengan kejayaan Prk negeri di abaikan. Menjelang PRK Bagan Pinang ni,sama-samalah bermuhasabah....saya suka untuk membawa pembaca membaca luahan seorang non muslim terhadap PAS Selangor
...............So far PAS ADUNs / MPs have been very principled and none has crossed over. However, should it happen in Selangor, it will no doubt collapse the state govt. I can tell you that the rakyat will be very, very crossed if PAS ADUNs is the cause of the fall. Everyone already half-expect the traitors to come from PKR as there are a lot of ex-UMNO men in that party. We hold DAP and especially PAS with a higher regard. So if the PAS ADUNs are the culprits for the fall of Selangor govt, the urban population will blame PAS as a whole and will never forgive PAS forever. Please send this message to all your colleagues. If they cross-over, they will sacrifice the whole party and all the PAS struggles since pre-Merdeka will be forgotten. All the goodwill gained since 8th March 2008, especially from the non-Malays, non-Muslims will be lost. People only remember the bad, seldom the good.........
Seperti biasa setiap hari aku akan baca akhbar.Tak kira lah akhbar pro mana-mana parti.Asalkan penilaian akan dibuat oleh diri sendiri.jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan mana-mana berita dan auta,dogma,tohmahan mahupon fakta sebelum segalanya diselidiki dan di nilai oleh kata hati sendiri.
Aku tertarik dengan petikan ni Umno makin kalot dan rimas dengan kekuatan Pakatan.
Luahan ni bukan sekadar "penyedap hati sendiri "mahalan persaan yang keluar dari hati sendiri yang rimas dan kalut. Apat taknya prestasi mereka sedang dinilai rakyat dan malangnya prestasi ini bukan lah prestasi yang baik. Tatkala pelbagai isu seperti Dapsy,Jeff oii, Hassan ali dan Rony Liu. Kegagalan pakatan untuk menolak segala tohmahan dan serangan BN terhadap negeri mereka,aku measakan luahan seperti ini tak sepatutnya kedengaran kerana ia umpama menegakkankan benang yang basah dan lebih malang keadaan ini menampakkan ketidakbolehan untuk menerima hakikat.
Lebih mengecewakan "penyakit" ini sebenarnya semakin menular kepada politikus pembangkang.Dahulu tatkala aku membaca Berita harian keluar berita" UMNO semakin kuat dan utuh" tatkala krisis melanda Umno Terengganu semasa pemilihan MB. Namun penyakit serupa rupanya berjangkit.
Paku dulang Paku Serpih.......
Satu lagi siri Pilihan Raya kecil bakal diadakan lanjutan daripada permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai, Penanti, dan terbaru Manek Urai. Ia umpama menyajikan PilihanRaya bagi yang mendabik dada mahukan pilihanraya kecil sepanjang tahun dan cabaran bagi yang mengaku sudah diterima rakyat semula.
Kali ini Permatang Pasir. Kalau dilihat majoriti penyandang,iaitu Pas ,Pastinya akan meyakinkan ahlinya bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka.Malah ini adalah cabaran untuk Pas untuk mempertahankan majoriti besar itu.Kalau dihitung pada Rekod,pastinya Pas akan menang besar kerana Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas sejak 1999 lagi.
Namun disebabkan oleh krisis dalaman Pas dan Isu Kg. Buah Pala yang dimainkan media pastin ya menjadi cabaran buat mereka. Lihat saja apa yang berlaku di Manek Urai. Manek-manek Pas nyaris terurai.Lantas Pembangkang cuba menaikkan semangat "reformasi" dengan "memanaskan badan" dengan demonsrtasi Mansuhka ISA.Sebab kalau ikut teorinya, rakyat perlu sentiasa perlu "warm up" dengan apa-apa isu agar "mood" pro pembangkang" itu tidak hilang.Lihat sahaja Pru 12 dahulu,teori ini benar-benar berjaya apabila demonstrasi BERSIH berjaya di jadikan anjakan untuk pembangkang mendapat "undi populis"
Tapi,Bn pula jangan dipandang enteng.Manek Urai sudah membuktikan kepada mereka bahawa manik-manik kegemilangan mereka kembali bersinar.Lantas Permatang Pasir boleh dijadikan ukuran sebenar sejauh mana bersinarnya manik-manik mereka atau ia sekadar pasir bukan manik baut BN!!
Assalamualaikum..
Terlalu lama aku tak menjengok laman blog ni.Bukan setakat dah bersawang tapi dah tumbuh lalang,ulam gila almaklumlah dah lama ditinggalkan. Bukan apa, kesibukan dan dilanda masalah hidup yang besar menyebabkan aku tak lagi menulis dalam blog ni. Sekarang mungkin akan cuba untuk kembali menulis dan merekod segala "aktiviti minda" untuk dikongsi bersama pengunjung yamg sudi bertandang.
Sekitar kempen pilihanraya P59 Bukit Gantang.Bila jalan raya ditutup seketika.Kenapa?ada road block ke?mereka yang pro pembangkang awal-awal lagi dah buat telahan.Ni mesti nak sekat orang pergi ceramah la ni!!!
Salah.Jawapannya jalan raya sedang diturap.Haha..
Dah Sebelas bulan Bukit Gantang ni mundur dan jalan raya tak berturap.Nah ni BN kerajaan yang perihatin kepada rakyat bagi hadiah.Tak nak pangkah lagi?
wakaka..
sindrom kempen mee segera ni tak pernah berubah.Walaupun mungkin strategi ni dah tak laku tapi mungkin boleh dapat satu atau dua orang pengundi.at least ade,daripada tak buat langsung.Kesimpulannya,BN tak pernah berubah,dari dulu sampai sekarang tetap prihatin kepada rakyat!!!!hahha
Sekitar pembang kang pulak,dah ada sedikit perubahan kepada mereka.Bukan dari segi kempen,tapi dari segi sindrom keyakinan yang melampau.Ada kalangan mereka yang melaungkan kemenangan dari awal,dan keyakinan mereka ini diterjemah melalui statement;reforendum kepada Najid dan sebagainya.Woi !! dah kompom ke menang kome??
Bahang Pilihanraya kecil dah pun terasa.Hari ini Pas mengumumkan ikon baru mereka,Datuk Sri Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon mereka dan BN awal-awal lagi sudah menamakan calon tempatan,Ismail Saffian sebagai calon mereka.
Apa yang menarik ialah calon tempatan akan menentang calon negeri.Isu anak tempatan masih lagi kedengaran malah BN yakin dengan meletakkan Ismail Safian mampu menambat hati penduduk tempatan untuk kembali kepada mereka.
Mengenai Ir Nizar,mohon sembah derhaka sedikit, calon ini dilihat akan mendapat undi simpati atas insiden yang menimpa kerajaan nya yang dirampas.Apakah penduduk tempatan akan menerima calon ini sedangkan apa yang lebih penting kepada mereka adalah bakti wakil rakyat yang perlu di dahulukan.berbannding Ismail yang lebih menumpukan isu tempatan.
Namun ini sekadar pandangan,dan mungkin banyak yang tidak betul.Apa pun kita lihatlah samaada isu negeri ini akan diberi perhatian atau isu tempatan.Apa yang penting siapa pun yang menang, bakti kepada rakyat perlu didahulukan.
Final yang Paling terseksa!
Mane taknye tiga ari berturut turut ade exam.Ari rabu petang ade constitutional law,pagi esok nya ada criminal law dan esok pagi nye ade islamic criminal law(icl).
Benci giler keadaan camni. Kalupun aku prepare awal,tak study last minit pon,letih kot.Korang tak fikir ke bila buat jadual tu...aduh...sabar jela....
Lepas seminggu ade 4 paper cuti seminggu untuk ambik paper last.Memang pandai korang susun schedule kan????
Walaupun minggu ni adalah minggu yang paling crucial tapi disebabkan aku dah terlalu tension so aku nak tenangkan dengan menaip kat laman ni.
Minggu ni sahaja aku ade 3 test n kne anta 2 assingment..
minggu depan dah nak final.
Tension siott!!!
Tapi aku belajar dari kesah tu sebab aku kesah!
Peluang.
Sesuatu yang pasti dan mesti aku syukur dan terima kasih adalah peluang yang diberikan untuk aku buktikan sesuatu(walaupun aku tak membuktikan ape2)Terima kasih kepada Penasihat KDBM yang sudi beri peluang ini untuk aku.Inshaallah aku anggap ini langkah pertama untuk aku terus kedepan walaupun aku ‘terseradung’ di langkah pertama.Terima kasih coaches yang membantu serta senior yang “bosan” dengan aku.hehe….Terima kasih kepada rakan2 yang memberikan sokongan moral,mahupun sokongan menghantar aku ke UPM..haha.Thanks a lot.
Pengalaman
Aku percaya ini pengalaman aku berada dipentas ni.Pengalaman ini tentunya lebih mengajar aku sebab aku ‘tersunkur, jatuh, dan luka’.Parut yang tinggal pasti mengajar aku lebih dewasa.Pengalaman Mendewasakan aku!
Muhasabah kemampuan
1.Tidak menjaga solat
a.lately sangat sukar bangun solat subuh.Kadang kala,solat gajah atau denosour..
b.sembahyang di hujung waktu.Kesibukan kadang-kadang menyebabkan terleka.
c.kurang solat jamaah.
d.leka dalam solat.
2.Tidak dekat dengan al-quran
a.baca quran bila nak tasmi' sahaja.
b.baca quran tergesa-gesa
c.ulang bila ada masa saja.
3.tak berdamping dengan majlis ilmu
a.kulliyah subulussalam isnin dah lama tinggal
b.ada majlis ilmu lain tak boleh pergi
c.hanya dengar khutbah jumaat je..huh
hati ni dah semakin .......................................................................................................................................jauh..
Kalau bangun lambat pagi, mesti tergesa-gesa nak pergi kelas.Sama juga bila drive nak pergi kerja.Bila dah lambat,orang lain disalahkan.ni la aku.aha..
So,kalau drive kereta,paling bengang bila ikut belakang kereta yang lembab.Siapa yang lembab tu?
1.pak aji pakai lebai.Masya Allah,sabar je la pak aji..
2.Apek tue bawak kereta....muka tak mandi..aya apek!
3.Perempuan yang lembab bawak kereta n poyo!
4.Pemandu tengah mesej atau cakap phone..aduh.ini memang aku pantang giler!
5.lelaki dengan perempuan tengah bersembang dan "bergurau"(tak cukup kat umah ke?) bengang betol!
Kalau naik kereta boleh la horn kan sikit,kalau dah buat salah mcm guna phone tu..tapi kalau pak aji aku tak hornkan pon.kesian..
Tapi kalu lambat pegi kelas,perkara yang hampir sama belaku jugak...tengah rushing nak pergi kelas,tibe-tibe kna ikut belakang "golongan lembab" ni...
1.perempuan!!mungkin tak semua tapi kebanyakan.Serius.Kalau jalan belakang diorang ni,nasibla..lenggang kangkong,mak hayun...lambat gile...kene mintak lalu pulak..yang peliknye diorang ni satu kelas,tapi wat derk je lambat.Mungkin kelas diorang stat 5, atau 10 minit lebih lambat kot.Bila aku dah sampai dalam kelas dalam 2, 3 minit baru minah2 ni masuk.la budak kelas aku ke???!!!
2.couple.Aduh mak ai..bermesra2 plak.orang nak jalan cepat gi kelas ni..
3.tengah cakap phone or mesej..kalau dah tau nak mesej or phone ketepi la sikit bagi orang nak lalu....
Kalu dalam kereta boleh la horn.tapi kalau dah jalan kaki boleh cakap sekius me! je...pastu wat pekak badak.Panas betul.
So,kesimpulannya,anda perlu menukar lorong kiri untuk pemanduan yang lebih perlahan.Beri laluan kepada orang lain untuk memotong.Bertimbang rasalah ketika memandu.aha..
-Sekadar melampiaskan kemarahan-.
Dalam banyak2 pendapat yang ditulis dalam blog,aku sangat tertarik dengan argument dibawah.Keadaan semakin lucu..apa nak jadila....
pertama:
“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.
“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” kata Najib.
maknanya sekarang Kerajaan BN sekarang tak sah,kena tunggu dulu keputusan mahkamah.Sahlah kerajaan Haram.Bukan aku yang kata,Najib yang kata.haha
Kedua:
Panglima Perang Cyber berkata...
Tindakan gantung dan nak buat sidang DUN tanpa perkenan Raja satu cara sangat tidak bermoral.
Sangat tidak beretika dan jelas nak tunjuk power.
Sayang mereka salah guna dan nampaknya politik KEBENCIAN menjadi teras tindakan pihak Pakatan Rakyat.
Ni pun sama macam Pak dia,Najib...sekarang baru nak cerita bab bermoral??yang pegi culik Adun tu bermoralkah??ambil ADUN kene tuduh rasuah,Bermoralka?sejak bila concern pasai bab bermoral ni??
Ni samalah cerita dengan bab derhaka tak derhaka,Penderhaka tuduh orang lain derhaka.
Buat Renungan Bersama.
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)."
ali imran:112
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina"
an-nisa':14
Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".
al-an'aam:15
"Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan"
yunus:23
"Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka."
maryam:69
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
almujadalah:9
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar
aljin:14
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Asy-Syams:11
Itu ayat yang dibaca oleh Tuaku Sultan Azlan kepada Nizar sebelum baginda mengisytiharkan tidak perkenan bubar DUN Perak.Tapi itu bukan isu yang ingin aku katakan dimalam yang sejuk dan sepi ni.
Sebelum melelapkan mata,pesan Dr Fadhilah Kamsah,maafkan segala kesilapan diri sendiri dan maafkan kesilapan orang lain disepanjang hari ini.
Tatkala mata ni celik pagi tadi,pergi ke tandas,Masya allah,tak tau nak cakap.Tandas sangat kotor(tak boleh nak cerita.sgt jijik).Ini bukan kali pertama,dah banyak kali.Tak tahu lah jenis manusia apa ni.Tambah nak marah,bilik air pulak tersumbat.Pagi yang penuh ujian....
Manusia yang well-educated,tapi bab kebersihan negative 100!!!
Apalah nasib duuk di Mahallah Ali ini.Mahallah paling ramai foreigner.Majority kot.Kalau tak disebb kan oleh jarak dengan kulliyyah yang dekat dgn bilik,dah lama aku cau!!!tak tahan duk ngan diorang.
Mungkin bukan semua.Tapi kebanyakan.
Ujian tak berhenti disitu,bila nak keluar pergi kelas,sedang berjalan......ppap!!! ade benda singgah kat atas bahu aku.Kotak minuman!!!
Bila aku pandang atas,aku nampak gigi die je!!sah...Sorry brother!im so sorry!!kata mamat geng obama ni.Nasib baik aku nak cepat pergi kelas kalau tak memang aku naik bagi Syarahan bertajuk "thoharah".Dah la rasa marah pasal tandas tak abis lagi..ditambah dengan mamat ni plak.Aduh........Mulanya memang nak terkeluar perkataan tak baik..mujur sempat ade sikit iman tertinggal dalam hati ni.Huh..
-kebersihan separuh dari iman.
-sabar pun separuh dari iman.
-maafkan jelah..(moga kemaafan jadi pengubat)
esok pagi cabaran mungkin sama atau lebih dahshat.Nauzubillah...
Allahumma bismika ahya wa amut...
"Tsunami politik" atau 'Politik baru" atau "transisi politik" yang berlaku selepas PRU 12 Mac lalu pada awalnya dilihat merupakan suatu suasana yang baik dan menguntungkan rakyat.Apa tidaknya semua pihak berlumba lumba untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.Ada orang kata persaingan antara Pakatan dan Barisan sama macam Maxis dan Celcom,masing2 nak tawarkan perkhidmatan terbaik dan termurah untuk pengguna.Ini lah yang diharapkan pada mulanya,budaya kompetitif yang sihat yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.
Namun,sayang.melihat kepada situasi semasa ia bukan 'blue ocean' .Strategi sekarang membelakangi rakyat,bila pemimpin berlumba-lumba untu menjatuhkan antara satu sama lain.Bukan berlumba untuk menunjukkan kebaikan untuk di nilai,tapi berlumba-lumba untuk menunjukkan keburukan untuk didedahkan hingga yang 'dalam kelambu' dikorek.
Inilah situasi yang berlaku sekarang.Aku merasakan ini bukanlah suatu perkembangan yang sihat untuk negara.Yah we care about our country.Takkan nak biar ini berlarutan.
Secara peribadi aku tidak bersetuju Eli letak jawatan.Seolah-olah kalah dengan strategi jahat.Tapi kita perlu consider empunya diri yang menanggung...
Jangan biarkan politik sebegini berterusan.Angkara siapa??yang ghairah nak ambik alih jawatan??kita yang tentukan,rakyat Malaysia.Adakah itu pemimpin yang kite mahukan??
p/s-Eli merujuk kepada Elizebeth Wong..bukan Eli iskandar or elian.haha
Dah banyak artikel yang cliche yang sy baca tapi bagi saya ini adalah petikan yang sangat menarik,disebalik kekacauan dan semua orang sedang berbicara mengenai Undang-Undang Manusia yg "la yakhlu minal jahli wa al jaur, wa annaqsi wal hawa' "wama ila zalik....
Terlalu banyak kelompongan dalam man-made-law.Sudah tiba masanya kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah,dan petikan dibawah menceritakan KERAJAAN TUHAN.Sama2lah kita mengambil istifadah dari petikan ini.
Sebagai rakyat jelata yang mahukan kesaksamaan hidup serta kedaulatan agama diagung-agungkan, saya sedikit kecewa dengan 'peristiwa akhir zaman' yang sudah nampak dalilnya di negeri Perak ini. Harapkan profesional, profesional merebut kuasa. Kata-kata ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Kami rakyat mahukan sesuatu yang lebih bersih dan tidak sampai mengancam nama baik negara, apatah lagi umat Islam.
Yang saya ingin tekankan, me as a rakyat jelata, cukuplah yang berkuasa itu Tuhan seorang. Kita nak pertikai perkara yang hanya segelintir rakyat jelata sahaja faham dan tahu, iaitu undang-undang dan perlembagaan yang manusia biasa ciptakan, bukan tak boleh, cuma tak berapa tepat. Maaf buat Abang ***************************yang saya sentiasa hormat dan sayang. Sebab itulah saya mencelah ini atas nama rakyat jelata; yang tak celik ilmu sebagaimana anda semua.
Saya kasihankan rakyat Malaysia yang terumbang-ambing dan terpinga-pinga lantaran sikap serta etika pemimpin yang 'harapkan profesional, profesional merebut kuasa' ini. Masakan tidak, bergunung harapan serta kepercayaan telah rakyat jelata serahkan untuk segolongan manusia yang 'intelek dan berpandangan jauh' supaya dapat menjaga negara dan masyarakat, membela maruah mereka dan bukanlah membela majoriti masing-masing. Celiklah wahai hati! Tidakkah syurga itu terasa dekat dengan kita tatkala memilih sesuatu yang BENAR??
Dan, atas nama Fatihah, saya tidak lebih hanya ingin menyuarakan hasrat hati saya sebagai seorang rakyat jelata yang mendiami negara 'aman Malaysia' yang kita cintai ini, sebagaimana (saya yakin) ramai lagi rakyat jelata yang lain yang ingin menyuarakannya.
Minta maaf sekali lagi buat semua, ini sekadar satu luahan hati seorang rakyat jelata.
-Fatihah-
Penulis adalah Pelajar Bachalour In Arabic Language,IIUM.
SHAH ALAM- Pemimpin UMNO Selangor mendesak Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong meletak jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran gambar kurang sopannya kepada umum.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus menganggap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah membuat penilaian terhadap barisan Exconya.
Woi toyol btol!
ni masalah moral kau kata?yang tak bermoralnya orang yang pegi ambik gambar tu.yang tak bermoralnya orang yang sebarkan gambar tu.Salah ke nak tidur tak pakai apa-apa dalam bilik sendiri?tak bermoral ke namanya tu?kalau kes soi lek tu memang la tak bermoral sebab buat seks dengan perempuan.even kalau dia buat seks dengan bini dirumah,adakah itu tak bermoral buat doktor tu.Tak....
Yang tak bermoral orang yang sebarkan.yang tak bermoral orang yang ambil gambar tu.Yang tak bermoral orang yang suruh letak jawatan tu....
Pelik..
bila dah kalah,tak boleh nak bezakan yang mana tak bermoral mana yang bermoral.
Ini semua angkara permainan politik yang tak bermoral!
Eh..pg belajar "moral" balik la kat sekolah rendah?
Spr telah mengumumkan tarikh Pilihan raya kecil bagi DUN Bukit gantang dan Bukit Selambau.Dalam sejarah dua Pilihan raya kecil dijalankan serentak.Sudah pasti jentera akan terbahagi dua.Mungkin perhatian akan diberi lebih kepada bukit gantang berdasarkan situasi semasa.
Mengapa April?
Mudah.Mood rakyat.Nak bagi reda sikit mood rakyat.rasa marah rakyat akan lebih reda sedikit bila jaraknya dengan 'peristiwa coup de tat' lebih jauh.Dalam erti kata lain waktu tu rakyat dah lupa.hehe..lupakah?atau melayu mudah lupa?atau seajarah tak mudah dilupakan?lihat sahaja..
Perhimpunan Agung Umno.Dah selesai waktu tu.Kalau dikaji di Kt dulu antara isu hangat ialah pemilihan Umno dan politik wang dalam Umno.Pemimpim waktu tu datang nak tunjuk nama dan kempen diri sendiri.Betul kah?tak tahu.Orang kata..huhu.So kalau buat lepas pemilihan Umno,isu-isu ni tak timbul.Betul ke?kalau selepas pemilihan ramai yang tak puas hati akan da juga unsur perpecahan nanti di waktu berkempen.
Ekonomi.waktu ni kalau nak buat pilihan raya juga,kita akan hilang arah.Ekonomi sekarang tak mengizinkan,maka tumpuan sekarang perlu kepada ekonomi,bukan politik.tapi apa bezanya kalau April?Sama je....
Najib.waktu tu najib dah berkuasa.Segalanya berkemungkinan.(???)
Terpulang lah..
Selamat berjuang.
alfatihah...
Di saat kemelut yang berlaku di negeri tanah tumpah darahku,Allah subhanahuwataala datangkan satu lagi berita.Ahli parlimen Bukit gantang,Haji Roslan Sharum telah dijemput oleh Allah taala untuk menghadapNya.
Pada pandangan peribadi aku,almarhum merupakan wakil rakyat yang sangat rajin dan mesra.Mukanya selalu keluar di Akhbar Tabloid Perak,bertemu rakyat dikedai kopi,mahupun pasar minggu Changkat Jering.
Malahan diperingkat kawasan namanya selalu disebut untuk dijadikan contoh.Namun Allah yang mentakdirkan segalanya.Allah menjemputnya lebih awal,tatkala pergolakan sedang berlaku.
Sebab itu dihari pengkebumian almarhum,puluhan ribu rakyat hadir.
Ini kisah yang terlau banyak hikmahnya.Mungkin untuk masa yang singkat ini tak tercapai dek akal untuk menilai hikmah tersirat disebalik apa yang berlaku.
Tapi satu je....tatkala BN takut nak hadapi PR kecil.Allah hadiahkan mereka PRK.Disaat Pakatan inginkan PRK maka Allah berikan kepada mereka.Lihat mampukah mereka pertahankannya!
By Roland Boyd
Rata-rata bloger terus berbicara mengenai nasib yang menimpa negeri ku..dar ar ridhwan.
Tapi apakah rakyat jelata redho dengan apa yang berlaku.Kekacauan dan ketidakstabilan.
Ini bukan Ghaza,bukan palestin,bukan juga Pakistan mahupun Afghanistan.Namun kesemua negara yang kusebut ini tidak stabil dan kacau bilau.
Sebabnya adalah ada tangan-tangan yang membinasakannya.
Ini Perak.Temapt aku,sudah tentu rasa kesedihan tidak boleh disembunyikan.
Namun ada yang bertepuk tangan,gembira kerana mereka berkuasa kembali.
Aku hairan, inikah kestabilan,keamanan, yang menyebabkan kita boleh bergembira??
Tak faham lah....
asalkan mereka berkuasa,tak kisahlah aman ke tak......
Mereka ini patut dinyahkan...
Mungkin buaya pun taknak makan mereka ni!!!
ini adalah cadangan yang difikirkan sesuai.
bagi komen andai tak menepati citarsa anda.
Pertama,
tarikh yang dicadangkan ialah
29 April 2009-1 May 2009(labour day)
atau anda ada cdangan lain?
kalau boleh tarikh ni la....huhu
So cadangan tempat pula adalah seperti berikut;
1)Pulau Pangkor
2)Bukit merah
3)Langkawi
4)Terengganu(Pulau kapas)
Tetapi aku prefer buat kat Pangkor sahaja.Aku dah servey sikit-sikit.
Budget Penginapan sahaja mungkin mencecah RM 150.00,mungkin mahal sikit tapi bagi aku ok ja.Sekali je..mungkin sekali seumur hidup kot..
Aku harap korang dapat bagi sokongan dan replay secepat mungkin untuk tujuan reservation.So aku sangat harap kali ni menjadila endak nye program ni.
Contact aku,
017-5036632
013-3727650
email : khalisry_88@yahoo.com
email fs : jambubatu_87@yahoo.com
blog : handfone3310.blogspot.com
Lampiran1.
tangisan itu memanggilmu,
ratapan itu merayumu,
suara wanita yang tidak bermaya
jeritan si kecil yang tidak berdosa
ratapan si tua yang tidak terdaya
darah pemuda yang ditumpah
nyawa perwira yang dimamah
kau biarkan mereka dilapah
suara sayu memanggilmu bumi Gaza
yang diserbudek bangsat
yang penuh muslihat
tentera khianat yang dilaknat
tergamaknya kau bersahaja
cuma menjadi penonton setia
sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma
tanpa kau rasa duka airmata dosa
membiarkan mereka dihina derita
manakah janji bahwa kita bersaudara
darah Gaza akan menuntutmu di hari muka
kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan
bangkitlah dengan keinsafan,
hulurkan tangan pertolongandemi Tuhan!
buat Palestin yang ditawan!
dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09