Wednesday, January 28, 2009

KEMENANGAN DAN GHANIMAH

Sudah lama tidak menjenguk laman blog ini.
kesibukan dan masalah tenet yang tak ok menyebabkan rasa malas nak menghias laman ini.

Aku baru saja pulang ke kampung..cuti tahun baru cina.
Sekadar mendengar khabar fidback masyarakat terhadap YB baru dari parti baru yang mendapat mandat rakyat kawasan Lubuk Merbau.

Mungkin pandangan ini sedikit lari dari kehendak pihak tertentu tetapi ini hakikat yang perlu diterima dan diperbetul semula.

Sikap Yb yang dilihat masyarakat yang tidak 'mesra rakyat' mengikut pandangan masyarakat setempat.

Aduan Pertama

Peniaga Roti Canai: YB ni kurang sikit la.....kedekut...hari tu die makan roti kat sini,duduk satu meja dengan rakyat lain,lepas abis makan die blah macam tu je..bayar untuk die je.Bukan mahe(mahal) pun...4 orang baru 4 rengget(ringgit)...die tak mesre sangat ngan orang...dulu mase pilihanraye mesre..dah dapat.haram...

Aduan bekas JKKK:

aritu die tak turun bile ade kematian,die cume kirim sampoi sorat,bile orng bikak sampoi,5 rngget je....masya allah...YB ape rope ni???

Aduan orang kampung:

Die jarang turun.kalau boleh turun la ari jumaat...jumpe rakyat...ini tak nampak muke pun...

Lalu saya ajukan segala persoalan kepada orang yang sepatutnya.
Ini jawapannya:

....kita kene paham YB ni bukan lah kaya sangat kalau nak belanja makan rakyat,bankrup la YB...tapi kita akan cuba berbincang balik dengan YB..jangan risau..

Aku jawab,saya bukan risau ustaz,tapi saya takut ni lah yang terakhir..

Beliau sambung lagi,lagi pun kita tak boleh nak harapkan YB ni,die Exco negeri,die sibuk,ketua kampung dan JKKK la kene turun padang selalu..

Kali ini aku mencelah,Ustaz, thats no an excuse,Die dipilih oleh rakyat tempat ini untuk menjadi suara kepada masyarakat disini.Tanggungjawab utama die adalah kebajikan rakyat disini.Memang tak boleh nafi die jadi exco,tapi tidak boleh tidak die kene turun padang juge..
Exco bukan immunity..

Muka ustaz mula merah padam..
aku minta maaf dengan ustaz cepat-cepat,bukan niat aku untuk mengkritik dan mengecam,tetapi untuk kebaikan masa akan datang...


aku terus bersembang dengan ustaz..
mmmmmm..aku agak terkejut katanya,lepas menang,last meeting april 2008..lepas tu tak meeting dah..ni akhir januari baru nak meeting..

mmmm..dah menang...
memang kaeadaan nya berada dizon selesa,complesent.....
kalau dulu susah payah,tiap-tiap malam nak meeting...
la ni dah menang..masing-masing goyang kaki.
Tunggu la saat kehancuran.Bukan nak doa yang tak elok tapi ini lah yang mereka harus dapat selepas apa yang mereka dah lakukan.Suara ini mungkin kecil dan dilihat lebih suka mengkritik,tapi percayalah ini semua untuk kebaikan.Mungkin seorang dari wakil boleh cakap...mentang-mentang belaja tinggi,sedap je mulut die nak kritik...

Terpulanglah...

apa yang aku harapkan ialah,kita berlumba untuk melakukan kebaikan untuk semua.Prinsip keadilan untuk semua perlu dijunjung.Itu yang kita tegakkan selama ini.Kemenangan yang dicapai hanya sementara,janganlah kemenagan yang dicapai menjadikan kita lalai dan terus complesent.jangan cepat terpedaya dengan ghanimah yang disediakan.

Teringat saya kepada kemenangan pro-M di UIA,sudah lama mereka memegang tampuk pemerintahan.Tahniah kepada mereka namun jangan sesekali menghampakan pelajar.Lakukan perubahan!

Sekian.
Bercakap benar walupun pahit.

No comments:

Related Posts with Thumbnails