Tuesday, February 17, 2009

KERAJAAN TUHAN : SIAPA MAHU DERHAKA??

Dah banyak artikel yang cliche yang sy baca tapi bagi saya ini adalah petikan yang sangat menarik,disebalik kekacauan dan semua orang sedang berbicara mengenai Undang-Undang Manusia yg "la yakhlu minal jahli wa al jaur, wa annaqsi wal hawa' "wama ila zalik....

Terlalu banyak kelompongan dalam man-made-law.Sudah tiba masanya kita kembali kepada Al-Quran dan Sunnah,dan petikan dibawah menceritakan KERAJAAN TUHAN.Sama2lah kita mengambil istifadah dari petikan ini.

Sebagai rakyat jelata yang mahukan kesaksamaan hidup serta kedaulatan agama diagung-agungkan, saya sedikit kecewa dengan 'peristiwa akhir zaman' yang sudah nampak dalilnya di negeri Perak ini. Harapkan profesional, profesional merebut kuasa. Kata-kata ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Kami rakyat mahukan sesuatu yang lebih bersih dan tidak sampai mengancam nama baik negara, apatah lagi umat Islam. 

 
Saya ada satu tazkirah menarik untuk dikongsi, jadinya harap2 masa tidur yang telah dikorbankan ini akan berbayar dan masing2 boleh ambil iktibar. Saya tak perlukan 'undi percaya' untuk mempertahankan kredibiliti saya berkongsi perkara ini, cukuplah kita masing2 saling faham dan belajar membaiki diri yang semakin lama semakin menuju ketidakstabilan (lantaran kita hanyalah manusia biasa). Begini:
 
Banyak sangat undang-undang dan perlembagaan, sehingga mampu mewujudkan satu pertikaian dalam arena diskusi yang rata-rata dikenali masyarakat sebagai DEBAT. Wah, benarlah kata-kata Tuhan! Tatkala para malaikat ingin 'mempertahankan jawatan MB' bahawa mereka lebih banyak bertasbih memuji-muji Tuhan, maka merekalah yang selayak sepatut-patutnya begelar 'MB', lantas Tuhan mengatakan: "Sesungguhnya Aku tahu (segala) perkara yang kamu tidak ketahui." Lantas demi untuk tidak derhaka kepada 'Sultan', para malaikat taat dan kunci mulut, manalah tahu takut-takut mencabar kredibiliti- Nya sebagai Pencipta. 
 
Apa yang terjadi selepas itu? Allah 'mempertahankan' jawatan MB yang telah Dia titahkan agar ditaklifkan ke atas segolongan lagi hamba-Nya iaitu manusia. Maka itulah dia Adam AS, 'MB' baru di muka bumi Tuhan. Demi membuktikan kredibiliti Adam ini, maka diajarlah Adam setiap nama kesemuanya, sehingga apabila para malaikat ditanya mengenai nama-nama tersebut..apa jawapan malaikat? "Maha suci Engkau bahawa tiadalah ilmu pengetahuan itu bagi kami kecualilah apa-apa yang Engkau telah ajarkan kepada kami.." (Al-Baqarah: 30-33)
 
Jelas di sini ada kuasa, ada penguatkuasa, ada yang diberi kuasa walaupun diluar kuasa, dan ada yang tidak diberi kuasa dan mereka tidak berkuasa. Yang jelas, malaikat sekali lagi patuh dan dengar kata. Seterusnya, peristiwa apakah yang berlaku? Ya, seperti semua umat Muhammad sedia maklum, maka terjadilah 'peristiwa awal zaman' di mana para malaikat sekali lagi 'diminta patuh' kepada 'budi bicara' Tuhan supaya 'mencemar duli' ke hadrat Adam. Maka, sujudlah mereka kepada Adam. Jelas, sekali lagi para malaikat taat dan ikut perintah.
 
Maaflah, ini selingan: saya harap semua pihak memahami sebab saya bercerita tentang 'institusi kesultanan Tuhan' ini. Saya bukan pelajar undang-undang jadi inilah sahaja isu yang boleh saya bangkitkan dan usulkan.
 
Baiklah, selepas itu adakah semuanya beransur baik dan tidak ada lagi mana-mana pihak yang ingin menderhaka? ADA. Siapa tak kenal dengan Iblis dan askar-askarnya dari kalangan syaitan (atau nama singkatnya Tan Sri Tan). Nampaknya Ketua Menteri yang ketika itu disandang oleh Iblis telah menderhakai titah Tuhan, lantas dia besar diri dan cuba mempertahankan kredibilitinya sebagai 'makhluk berapi' dan mendakwa dia lebih berhak jadi MB kerana kemuliaannya yang (kononnya) berasal daripada api tersebut. (Al-Baqarah: 34)
 
Wah, semakin hangat di pasaran nampaknya isu jawatan 'MB' di kalangan 'orang istana' Allah ini ya. Hmm, kenyataan yang sedikit masuk akal: Iblis sebagai Ketua Menteri dan mengepalai ibadah yang dimonopoli oleh para malaikat ini semungkinnya boleh dicalonkan untuk jawatan MB tersebut, tetapi kerana Tuhan Maha Kuasa dan tiada kuasa yang seumpama dan setara dengan DIA, maka Tuhan tetap mempertahankan titahnya. Dengan kuasa ketuhanan Baginda jugalah, akhirnya Iblis dan syaitan di ISAkan sebagai penderhaka dan akan 'mengancam keselamatan dalam negara' keseluruhan umat manusia, maka ternobatlah mereka sebagai musuh kepada MB dan anak-anak cucunya nanti. (Al-A'raf: 22)
 
Baiklah, saya ingin berhenti di sini. Yang ingin saya perbesarkan di sini: perebutan kuasa sudah lama terjadi dalam sejarah hidup makhluk-makhluk Allah. Sebagai orang-orang yang mengaku beriman kepada-Nya, maka wajiblah kita ikut segala yang terdapat dalam Kitab Allah serta mengambil iktibar daripada sejarah ini.
 
Allah selaku sultan, MB ialah Khalifah, maka yang berebut-rebut cumalah dua golongan: iaitu malaikat dan Iblis (syaitan). Manusia? Beliau telah dipilih sendiri oleh Allah dengan kemahabijaksanaanny a sebagai Tuhan. Yang taat: sudah tentu malaikat, yang derhaka: pastinya Iblis dan syaitan, dan yang akan derhaka: manusia itu sendiri akhirnya (iaitu MB sendiri).

Yang saya ingin tekankan, me as a rakyat jelata, cukuplah yang berkuasa itu Tuhan seorang. Kita nak pertikai perkara yang hanya segelintir rakyat jelata sahaja faham dan tahu, iaitu undang-undang dan perlembagaan yang manusia biasa ciptakan, bukan tak boleh, cuma tak berapa tepat. Maaf buat Abang ***************************yang saya sentiasa hormat dan sayang. Sebab itulah saya mencelah ini atas nama rakyat jelata; yang tak celik ilmu sebagaimana anda semua. 

Saya kasihankan rakyat Malaysia yang terumbang-ambing dan terpinga-pinga lantaran sikap serta etika pemimpin yang 'harapkan profesional, profesional merebut kuasa' ini. Masakan tidak, bergunung harapan serta kepercayaan telah rakyat jelata serahkan untuk segolongan manusia yang 'intelek dan berpandangan jauh' supaya dapat menjaga negara dan masyarakat, membela maruah mereka dan bukanlah membela majoriti masing-masing. Celiklah wahai hati! Tidakkah syurga itu terasa dekat dengan kita tatkala memilih sesuatu yang BENAR??

Sebagai rakyat biasa jugalah, saya boleh nilai isu perampasan kuasa..maaf, isu perlantikan semula MB baru dan EXCO di Perak ini sebagai yang bagaimana. Sultan dan kesultanannya, bagi seorang saya atas nama rakyat jelata, saya kira baginda lebih arif dan saksama. Tapi, saya atas nama seorang hamba Allah, baginda tidak lebih sekadar seorang hamba seperti saya. Jadi saya tidaklah perlu 'risau dan berhati-hati sangat' dalam menilai baginda, malahan para pimpinan negara yang lain. 

Dan, atas nama Fatihah, saya tidak lebih hanya ingin menyuarakan hasrat hati saya sebagai seorang rakyat jelata yang mendiami negara 'aman Malaysia' yang kita cintai ini, sebagaimana (saya yakin) ramai lagi rakyat jelata yang lain yang ingin menyuarakannya.

Kalau-kalau ada yang berminat dengan pendapat @ tazkirah ini, diharap janganlah cuba menyamakan sesiapa (dari kalangan ahli politik negara either PAS/ UMNO/ PR/ BN dll.) dengan sama ada malaikat / Iblis / mahupun Tuhan sendiri. Maaliki Yawmiddin kan seorang sahaja..(",) 

Minta maaf sekali lagi buat semua, ini sekadar satu luahan hati seorang rakyat jelata. 

-Fatihah-

Penulis adalah Pelajar Bachalour In Arabic Language,IIUM.

 

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails