Saturday, March 6, 2010

PAKATAN RAKYAT : APA YG BOLEH DIHARAPKAN LAGI?


Assalamualaikum.

Pakatan Rakyat yang di tubuhkan atas dasar pemuafakan menentang kezaliman, ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme menggila, dan sebagainya hari ini seakan hilang arah. Di asaskan dengan Barisan Rakyat (people front) pada awalnya, seakan memberikan harapan kepada rakyat sebagai alternative kepada rakyat kerana kesepkatan itu dibina walaupon perbezaan ideologi mereka begitu ketara. Lantaran itu, rakyat menaruhkan harapan besar apabila memberi mandat besar pada PRU 12, sekali gus menafikan 2/3 hegomoni BN.


Namun sayang, ia tak kekal lama. tatkala menang di kedah, selangor, pinang, perak dan kelantan pada awalnya seakan baik dan bakal memberi cabaran kepada BN. Tapi tidak, ia bermula dgn keangkuhan 16 September, diteruskan dgn keangkuhan apabila menang di kebanyakan pilihanraya kecil, kini saat kehancurannya bermula. Mula dengan silver frog yg menumbangkan kerajaan Yeop Nizar, bermula lah drama katak si katak lompat. di selangor, pinang, dan negeri lain. Kini sudah 4 orang MP yang lompat jadi bebas, bayan baru,nibong tebal, bagan serai, dan terbaru dipecat pula Kulim bandar baru! Apa sudah jadi. PRU 12 yang dikatakan tsunami politik mungkin akan hanay tinggal sejarah dan sejarah itu takkan berulang. Sayang nya, harapan diberi dikhinati dan disia-siakan. Ini sekali lagi Politik Bangang!
Related Posts with Thumbnails