Monday, April 13, 2009

Bn tak berubah-rubah PR makin berubah.

Sekitar kempen pilihanraya P59 Bukit Gantang.Bila jalan raya ditutup seketika.Kenapa?ada road block ke?mereka yang pro pembangkang awal-awal lagi dah buat telahan.Ni mesti nak sekat orang pergi ceramah la ni!!!

Salah.Jawapannya jalan raya sedang diturap.Haha..

Dah Sebelas bulan Bukit Gantang ni mundur dan jalan raya tak berturap.Nah ni BN kerajaan yang perihatin kepada rakyat bagi hadiah.Tak nak pangkah lagi?

wakaka..

sindrom kempen mee segera ni tak pernah berubah.Walaupun mungkin strategi ni dah tak laku tapi mungkin boleh dapat satu atau dua orang pengundi.at least ade,daripada tak buat langsung.Kesimpulannya,BN tak pernah berubah,dari dulu sampai sekarang tetap prihatin kepada rakyat!!!!hahha

Sekitar pembang kang pulak,dah ada sedikit perubahan kepada mereka.Bukan dari segi kempen,tapi dari segi sindrom keyakinan yang melampau.Ada kalangan mereka yang melaungkan kemenangan dari awal,dan keyakinan mereka ini diterjemah melalui statement;reforendum kepada Najid dan sebagainya.Woi !! dah kompom ke menang kome??

PRK Dua Bukit Satu Batang


Bahang Pilihanraya kecil dah pun terasa.Hari ini Pas mengumumkan ikon baru mereka,Datuk Sri Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon mereka dan BN awal-awal lagi sudah menamakan calon tempatan,Ismail Saffian sebagai calon mereka.

Apa yang menarik ialah calon tempatan akan menentang calon negeri.Isu anak tempatan masih lagi kedengaran malah BN yakin dengan meletakkan Ismail Safian mampu menambat hati penduduk tempatan untuk kembali kepada mereka.

Mengenai Ir Nizar,mohon sembah derhaka sedikit, calon ini dilihat akan mendapat undi simpati atas insiden yang menimpa kerajaan nya yang dirampas.Apakah penduduk tempatan akan menerima calon ini sedangkan apa yang lebih penting kepada mereka adalah bakti wakil rakyat yang perlu di dahulukan.berbannding Ismail yang lebih menumpukan isu tempatan.

Namun ini sekadar pandangan,dan mungkin banyak yang tidak betul.Apa pun kita lihatlah samaada isu negeri ini akan diberi perhatian atau isu tempatan.Apa yang penting siapa pun yang menang, bakti kepada rakyat perlu didahulukan.

Final

Final yang Paling terseksa!

Mane taknye tiga ari berturut turut ade exam.Ari rabu petang ade constitutional law,pagi esok nya ada criminal law dan esok pagi nye ade islamic criminal law(icl).

Benci giler keadaan camni. Kalupun aku prepare awal,tak study last minit pon,letih kot.Korang tak fikir ke bila buat jadual tu...aduh...sabar jela....

Lepas seminggu ade 4 paper cuti seminggu untuk ambik paper last.Memang pandai korang susun schedule kan????

Minggu Yang crucial

Walaupun minggu ni adalah minggu yang paling crucial tapi disebabkan aku dah terlalu tension so aku nak tenangkan dengan  menaip kat laman ni.

Minggu ni sahaja aku ade 3 test n kne anta 2 assingment..

minggu depan dah nak final.

Tension siott!!!

Peniti: Kisah memalukan

Rentak dan rencah hidup memang begitu.Takkan ada yang sempurna dan pasti ada setiap likunya disusuli rencah dan pati yang busuk dan basi!Inilah hidup….
Pertandingan Pidato Peniti UPM 2009.Kisah yang aku taknak ingat.Sesuatu yang memalukan diri sendiri.Biar jelah aku yang pendam.

Tapi aku belajar dari kesah tu sebab aku kesah!

Peluang.

Sesuatu yang pasti dan mesti aku syukur dan terima kasih adalah peluang yang diberikan untuk aku buktikan sesuatu(walaupun aku tak membuktikan ape2)Terima kasih kepada Penasihat KDBM yang sudi beri peluang ini untuk aku.Inshaallah aku anggap ini langkah pertama untuk aku terus kedepan walaupun aku ‘terseradung’ di langkah pertama.Terima kasih coaches yang membantu serta senior yang “bosan” dengan aku.hehe….Terima kasih kepada rakan2 yang memberikan sokongan moral,mahupun sokongan menghantar aku ke UPM..haha.Thanks a lot.

Pengalaman

Aku percaya ini pengalaman aku berada dipentas ni.Pengalaman ini tentunya lebih mengajar aku sebab aku ‘tersunkur, jatuh, dan luka’.Parut yang tinggal pasti mengajar aku lebih dewasa.Pengalaman Mendewasakan aku!

Muhasabah kemampuan

Kemampuan Sesuatu persoalan yang sangat besar.Sepatutnya persolan kemampuan tak sepatut wujud seban ‘dia’ dah jadi batu penghalang pada aku.Sepatutnya aku kena percaya pada kemampuan aku bahawa aku boleh dan boleh berdiri sendiri.

Ini lah suatu kesah yang aku kesah!!!!
Mohon Mencadang!!
22 March 2009
UPM
Related Posts with Thumbnails