Tuesday, January 19, 2010

Test,Assignment, dan Pilihanraya Kampus


Minggu ni memang minggu yang pling mencabr untuk nulan January ni. 20hb ada dua test, UNGS dan juga Land Law. 21hb pula Equity termasuk preparation untuk Company Law question yang sangat horror. Assignment pula bertimbun. Public International Law 1 presentation on 19th dan kena hantar written Assignment pada hari yang sama, mujur PIL dah ready lama.

Di sebalik kesibukan minggu ni, terselit pula Pilihanraya Kampus UIA. Penting ke?? disebabkan kita tak pernah ambil tahu maka sebab tu la kita tak dapat rasai kepentingan nya. Yang kita tahu komplen je. Ermmm...

Pro-M Ketandusan Calon?

Bukan nak sibuk pasal hal orang cuma terfikir. Kerusi di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim sudah di isytihar menang tanpa bertanding. Makna nya AIKOL bakal sunyi dan tiada kempen tiada buang undi. Kenapa? Daripada cakap cakap belakang(bukan bisik-bisik awang selamt,tu tak leh caye) kerusi aikol hanya di tandingi oleh seorang je daripada PRo-M. Betul ke? Entah la tak dapat nak diberi kepastian. Ada aku Kesah!
tapi sunyi ke Aikol? tak juga, pagi tadi bila kau ke kelas bersepah-sepah risalah yang tertulis "Wufi kumpunan Kerusi AIKOL" and risalah kotor anjing pon ada. Dah menang pon Tak puas hati lagi???

Saturday, January 9, 2010

Jati diri dan Assobiah



Semalam aku pergi ke suatu Majlis (dirahsiakan majlis apa..hehe). Dalam majlis tu aku berjumpa ramai kawan2. Tapi aku sedikit kurang selesa duduk dalam majls ni. mana tidak nya, apa yang diorang cakap aku kurang nak paham. Sume kecek klate..pekat pulak tu. mmm..orang kelantan memang macam tu, sealin aku memang kagum dengan orang kelantan yang mempunyai jati diri kenegeriaan yang kuat, kebijakan dalam berpolitik dan semangat kebersamaan yang sungguh utuh dalam kalangan mereka, tapi apa yang kurang adalah sensitiviti terhadap orang disekeliling,bagi aku, secara peribadi kalau ada dalam majlis yang ramai orang dan bukan semua orang kelantan, cakap lah bahasa atau dialek yang mudah diphami semua. kawan aku budak nogori yang duduk sebelah aku asyik tanya kat aku, "apa dia cakap?", "apa?" "ko paham?"... itu lah yang aku rasa terkilan sedikit.Assobiah?? tak lah boleh dikatakan orang kelantan ni assobiah, cuma ada juga sifat-sifat assobiah disitu. Mana tak nya, kalau bersembang, sembang dalam kalangan mereka, makan sesama mereka,tak nak bergaul, mentang-mentang jumpe saing klate!

Balik saje, aku terpikir, knapa negeri lain tak macam tu? aku ni oarng perak tapi loghat nye dah tak bunyi perak pon. Mungkin disebabkan aku kurang bergaul dengan orang perak, mana tak nya, bila masuk asrama start form 1, dah mula bergaul dengan orang perak belah utara, dah mula guna," aku hang" dah lupa dah "keme kome" sedikit demi sedikt hilang. Selain dari tu, mungkin faktor keluarga, abah yang salnya dari Bukit gantang,guna dialek utara. So sikit kurang pekat perok nye. apa pon aku tetap sukakan perak dan sayang kan negeri yang kerajaan nya dirompak lanun. hahahah

Thursday, January 7, 2010

Isu Kalimah ALLAH : Mainan Siapa?





Hari ini keadaan bertambah panas. Berita hari ni menyebut ada pihak cuba membuat kekecohan dengan merosakkan gereja. Malahan selepas solat jumaat hari ni di beritakan akn diadakan perhimpunan gergasi. polis seperti biasa beri amaran termasuk kpd blogger! jangan timbulkan kekecohan. Persoalan nya in semua mainan siapa? Umat Islam mudah melatah sampai merosakkan rumah ibadat. akhirnya Islam dipandang serong juga.

namun lebih menghairankan politikus pula cuba bermain politik. Hari ini, mereka sebut bahawa mereka tidak mempolitikkan isu ini kata nya, pembangkang yang memulakan. Yang pelik, kalau pembangkang yang memulakan maksudnya tak tenafi pon yang mereka tak main politik, umpama adek beradek bergaduh, abang tuduh adek. adek tuduh abang yang mulakan tapi dua2 nya tetap gaduh kan? dalam hal ini betullah mereka pon politikan isu ini? Kedua, siapa yang mulakan, sebenarnya mereka, tatkala berdemonstrasi mereka mempersoalkan kenapa PAS tak bising atau berdemo dalam hal ini dan mengapa tunduk dan boneka?? siapa yang mulakan dulu???nak berdemo dgn ikhlas,demo saja lah knapa nak persoalkan org lain tak turun demo. siapa yang provoke supaya bermain politik ni??anda tentukan...

Kedua.. jawapan kepada soalan yang dilontarkan oleh utusan,kata nya pendirian PAs bercelaru, PAS kononnya mengatakan boleh digunakan nama ALLAH mengikut islam pada asas nya namun demi keharmonian politik tidak boleh. dan katanya bertentangan dengan kenyataan nik aziz apabila menyatakan islam melarang keras penggunaannya. Ini lah akhbar utusan meloya yang memutarbelitkan kenyataan untuk dipolitikkan. Sepanjang pembacaan saya Tok Guru tidak pon membuat kenyataan begitu..kata Tok Guru, berlandaskan dalil islam tidak melarang..

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu

Bukan kah ini jelas?

Malah bukan Utusan sahaja, the Star 6 Jan menyebut; "In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word ‘Allah’, he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill

Padahal kenyataan rasmi Pas dibuat bersandarkan kepada dalil dan fakta tanpa merujuk apatah lagi menyokong keputusan mahkamah tersebut.
Inilah masalah kalau politik suku agama suka..memang tidak dapat dinafikan dalam hal ini ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Namun jgn dipolimik dan dipolitikan sehinggan Isu asalnya diketepikan sebliknya jari dituding kepada ornag lain semata-mata untuk digelar hero kepada Bangsa dan meraih sokongan politik semata-mata. Tambah buruk ini dijadikanbahan untuk timbulkan kebencian masyarakat terhadap pihak lain.

Ini politik Bangang!

Tuesday, January 5, 2010

Lebih sudu dari kuah

Panas. Sekarang memang panas. Isu Kalimah Allah sedang dihangatkan. Puak-puak Umno yang memperjuangkan islam dengan hati suci murni ni yang bikin panas. Bagus lah kalau ada rase sensitif. Tapi jgn melampau sangat. Bab yang ni sensitif tapi knapa dalam banyak isu lain tak sensitip plak..hermmmm

Yb Zul vs. Pakatan
Aku sengaja letak title tu. Bukan apa dalam syok aku baca macam-macam pandangan tentang Isu Kalimah Allah ni, aku cukup tak bersetuju dgn cara Yb Zul Kulim ni. Tgok daripada tulisan dia ni sedap sangat menghentam YB Khalid. Aku bukan nak sokong mna-mna pihak tapi aku cuba buat penilaian peribadi. aku baca kedua-dua blog Yb ni. Khalid Samad n Zul ni. Daripada penilaian aku, Yb Zul ni over! Sebabnya daripada pembacaan aku, Khalid Samad tak pon cakap dia sokong keputusan mahkamah tinggi ni, cuma beliau bercakap berdasarkan fakta dan dalil. Ye, Yb Zul pon boleh sanggah dengan fakta dan dalil tapi aku nak tnya sikit kat YB zul ni knapa sampai kau nak suruh Yb khalid ni keluar PAS dan masuk kan emosi kau sampai kau nak marah-marah kat dia. Yo bro fakta lawan fakta dalil lawan dalil. jgn la masukkan emosi tak tentu arah. Both of you are MPs Pakatan. Dimana semangat setia kawan dan kebersamaan. Pada aku YB Zul ni cuba nak cari populariti yang lebih! Tindakan populis ni sebenarnya merugikan. but well orang akan cakap demi prinsip melayu islam,YB zul berhak bercakap. Yes tak dapat nafikan sebab dalam hal ini pon memang terdapat 2 pandangan yang berbeza tapi persoalan nya jangan la sampai nak kondem samapai melibatkan isu lain.

p/s: kepada yang mengaku ustad kulim ni aku nak tanya apa locus standi ko nak suruh YB khalid klua PAS???
Related Posts with Thumbnails