Saturday, April 24, 2010

Kebebasan Media Malaysia








20 minit sudah pun berlalu. Menandakan berakhirnya tempoh beerkempen untuk parti-parti bertanding di Hulu Sealngor.

BN, menampilkan En Kamal sebagai ikon satu malaysia dan Pakatan rakyat pula memperjudikan nasib Datuk Zaid Ibrahim. Siapa yang menang? Esok adalah penentunya. Rakyat di Parlimen Hulu Selangor yang akan menentukan sama ada Kamal atau Zaid.

Namun itu bukan persoalan yang nak dikupas. Sepanjang berkempen macam-macam serangan yang dilontarkan bagi menarik perhatian pengundi. namun sayangnya, Kempen menampakkan ketidakmatangan politk di Malaysia, bukan berkempen siapa yang boleh memberikan khidmat terbaik untuk rakyat, jauh sekali mahu bincang soal dasar dan plan untuk kebaikan negara. Tapi kempen di selubungi serangan peribadi calon, dari kaki botol yang di superimposed sampailah kepada ijazah kamal pun di pertikai. Politik..politik..

Salah satu faktor yang banyak mempengaruhi pemikiran rakyat adalah media. Soal kebesan media bukan lah isu baru, namun isu ini belum ada penghujungnya. Kalau nak dikira, dari sudut kebebasan media secara perlembagaannya, memang panjang. Perkara 10 FC yang membenarkan PPPA 1948 yang menyekat kebebasan mutlak media. Tapi tidak perlulah kita mempertikaikan nya, kerana terlalu panjang untuk kita bahaskan.

Soalnya sekarang, apakah media di Mlaysia adil dalam melaporkan berita? Tidak sama sekali, hari-hari TV3 suku,RTM,TV9, bernama,berita harian, utusan meloya, dan sebaginya menghentam pembangkan seteruk-teruknya. Syaitan,jin,sampah,pengganas, samseng, pembuat huru hara, semua yang buruk bg pada pembangkang. Yang baik semua bN. Sayang nya bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Media seharusnya berperanan sebagai perantara dan memberikan maklumat yang tepat dan adil agar penilaian dapat di buat oleh rakyat secara adil berdasarkan kepada fakta yang benar yang mereka terima. Akibatnya rakyat cenderung untuk lebih mempercayai media baru, seperti blog, walaupun fakta nya kadang-kadang sangat di ragui. Inilah hakikat apabila sekatan dibuat manyebabkan kesan kepada pemikiran rakyat.



Lihat saja ranking media kita dalam reporters without borders yg menunjukkan ranking buruk media malaysia, malah ranking turut merudum! Ini malambangkan akbar dan media di Malaysia tidak bebas dan dikongkong oleh Kerajaan.

Pesanan buat yg berkuasa hentilah menganggap rakyat Malaysia bodoh dan tuli!

Thursday, April 15, 2010

Rindukan perjuangan


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنْيَـنٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh,

Assalamualaikum
Telah lama aku tidak menulis disini. Baru shaja usai final exam yg agak caca marba persiapan nya. Moga-moga
keputusannya tidaklah caca marba. isu yang sedang hangat sekarang adalah isu pilihanraya kecil hulu selangor. Namun tulisan kali ini tak mahu mententuh soal itu. Masih jauh untuk diramalkan kecenderungan kemenangan kepada siapa.
Tapi kali ini aku ingin meluahkan rasa yang terpendam dalam hati sekian lama. Perjuanagan? perjuanagn apa? apa yang nak diperjuangkan? kita bukan Palestin mahupun Thailand. Berjuang untuk mendapatkan keadilan, tapi sedar atau tidak perjuangan bukan semata-mata untuk menegakkan keadilan sebaliknya perjuangan adalahuntuk menegakkan agama allah sbt. Perjuangan agar hukumNya dilaksana dan Alquran dan Sunnah dijadikan perlembagaan tertinggi. Teringat dan terasa rindu untuk berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Teringat kemanisan bersama2 suatu ketika, malah membantu mendekatkan diri dengan Allah taala kerana perjuanagn sudah tentu menuntut penghambaan yang tidak putus-putus kepada Allah, malah itulah sebenarnya tujuan kita berada diatas muka bumi ini.

Jauhnya dan besar nya konsep perjuangan dalam Islam. tapi bila di kaji semula dan bermuhasabah, a[akah itu tuntutan sekarang untuk diri aku? maksudnya adakah itu yang paling aula untuk aku lakukan. Aku rasakan tidak. Kenapa? Ini kerana padaku perjuanagan yang paling besar yang perlu aku hadapi adalah perjuanagan diri sendiri. Perjuanagan melawan hawa nafsu. aku rasa perjuanagan inilah yang sering aku lupakan. Perjuanagan inilah yang aku tinggalkan. Usah bercakap tentang perjaungan menegakkan agama andai diri sendiri tidak menegakkan kewajipan agama, apatah lagi hati, perbuatan, perkataan semakin jauh dari Allah taala. Ini lah sebenarnya perjuanagan yang hakiki buat diriku sementara ini. Ayuh berjuang!
Related Posts with Thumbnails