Friday, February 20, 2009

Suasana Politik Sekarang :Adakah menguntungkan rakyat?

"Tsunami politik" atau 'Politik baru" atau "transisi politik" yang berlaku selepas PRU 12 Mac lalu pada awalnya dilihat merupakan suatu suasana yang baik dan menguntungkan rakyat.Apa tidaknya semua pihak berlumba lumba untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.Ada orang kata persaingan antara Pakatan dan Barisan sama macam Maxis dan Celcom,masing2 nak tawarkan perkhidmatan terbaik dan termurah untuk pengguna.Ini lah yang diharapkan pada mulanya,budaya kompetitif yang sihat yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat.

Namun,sayang.melihat kepada situasi semasa ia bukan 'blue ocean' .Strategi sekarang membelakangi rakyat,bila pemimpin berlumba-lumba untu menjatuhkan antara satu sama lain.Bukan berlumba untuk menunjukkan kebaikan untuk di nilai,tapi berlumba-lumba untuk menunjukkan keburukan untuk didedahkan hingga yang 'dalam kelambu' dikorek.

Inilah situasi yang berlaku sekarang.Aku merasakan ini bukanlah suatu perkembangan yang sihat untuk negara.Yah we care about our country.Takkan nak biar ini berlarutan.

Secara peribadi aku tidak bersetuju Eli letak jawatan.Seolah-olah kalah dengan strategi jahat.Tapi kita perlu consider empunya diri yang menanggung...

Jangan biarkan politik sebegini berterusan.Angkara siapa??yang ghairah nak ambik alih jawatan??kita yang tentukan,rakyat Malaysia.Adakah itu pemimpin yang kite mahukan??

p/s-Eli  merujuk kepada Elizebeth Wong..bukan Eli iskandar or elian.haha

1 comment:

MujahidahPuteri said...

salam ziarah fitri,daripada k.halimah.

Related Posts with Thumbnails