Wednesday, May 4, 2011

MENJELANG MUKTAMAR PAS : UMNO TIBA-TIBA SAYANGKAN PAS.

Perihatinnya UMNO dan Najib terhadap PAS. Sayang nya mereka kepada perjuangan PAS, kata Muhyidin PAS akan gadaikan prinsip nya kalau berkawan dengan DAP. UMNO kawan dengan MCA tak pulak?

Kecoh sekarang, dari Najib, Muhyidin, penulis pecacai UMNO, termasuk mufti mendendangkan semula pehyatuan PAS-UMNO. Kata mereka PAS terlalu angkuh dan perlu ditampar agar sedar.

Persoalan nya kenapa tiba-tiba sahaja UMNO sayangkan PAS, lantas ajak PAS duduk semeja, tinggalkan Pakatan Rakyat.
Kata mereka kerana melayu

Soalnya, apakah UMNO sudah tidak dapat membela melayu tanpa PAS sedangkan merekalah yg sedang berkuasa? Apakah hebatnya PAS sehingga kalau tidak bersatu dengan UMNO akan musnah lah Melayu?Apakah mereka sudah tidak berupaya lagi? Sudah tentu jawapan mereka TIDAK!

Sebaliknya, UMNO yang berkuasa sekarang sepatutnya memainkan peranan mereka. Tapi lihat sahaja lah apa yg terjadi kepada Melayu. Tanah melayu hilang angkara siapa?? tak perlu pergi jauh, sebaik shj BN rapas kuasa diPerak, siapa yang jual tanah melayu kepada YTL?? dapat shj kuasa, mereka tak berlengah lagi, terus "MEMBELA" melayu. Tahniah!

matlamat mereka sebenarnya hanyalah ingin menggugat Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 nanti. Itu sahaja.
masa PAS bersendirian dulu, mereka lah yg telah menghentam PAS dengan teruknya. Pejuang PAS di sumbat ISA, di 'gam'. Pas dituduh pemecah belah masyarakat, PAS dituduh sesat, Hudud mereka persendakan, ceramah PAS di kacau, pendokong PAS dalam sektor kerajaan tidak di biar senang.

Tiba-tiba sekarang mereka jadi sayangkan PAS, takut PAS hilang pendirian konon. Ini bukan dendam tetapi nak bg tahu bahawa bila PAS berseorangan merekalah penentang yang menhina, menghancur, menekan PAS, kini pura-pura sayangkan PAS. Porah!!!

Soalnya lagi, apakah PAS perlukan UMNO untuk menegakkan pinsipnya?? Apakah gejala rasuah, salah guna kuasa, harta kekayaan negara tidak dibahagi dengan adil, kronisme, salah guana kuasa, krisis kehakiman, nepotisme, ketempangan demokrasi,dan banayk lagi kecacatan sekarang dapat dihapuskan bila PAS bergabung atau bersatu dengan UMNO? sedang pelakunya sendiri adalah mereka. jauh sekali ingin laksanakan Negara Islam kerana UMNO dengar HUDUD pun tak nak.

Pak mufti pula terus menerus mendesak, soalnya apakah isu yg sangat crucial sampai memerlukan PAS dan UMNO bersatu? Apakah PAS patut bersatu dengan parti yang halalkan PORNO, JUDI, ARAK???

p/s: Moga isu-isu ini tidak disentuh dalam muktamar PAS akan datang kerana media akan putar alam sampai dia kata PAS nak bersatu dengan UMNO.
Related Posts with Thumbnails