Wednesday, January 28, 2009

KEMENANGAN DAN GHANIMAH

Sudah lama tidak menjenguk laman blog ini.
kesibukan dan masalah tenet yang tak ok menyebabkan rasa malas nak menghias laman ini.

Aku baru saja pulang ke kampung..cuti tahun baru cina.
Sekadar mendengar khabar fidback masyarakat terhadap YB baru dari parti baru yang mendapat mandat rakyat kawasan Lubuk Merbau.

Mungkin pandangan ini sedikit lari dari kehendak pihak tertentu tetapi ini hakikat yang perlu diterima dan diperbetul semula.

Sikap Yb yang dilihat masyarakat yang tidak 'mesra rakyat' mengikut pandangan masyarakat setempat.

Aduan Pertama

Peniaga Roti Canai: YB ni kurang sikit la.....kedekut...hari tu die makan roti kat sini,duduk satu meja dengan rakyat lain,lepas abis makan die blah macam tu je..bayar untuk die je.Bukan mahe(mahal) pun...4 orang baru 4 rengget(ringgit)...die tak mesre sangat ngan orang...dulu mase pilihanraye mesre..dah dapat.haram...

Aduan bekas JKKK:

aritu die tak turun bile ade kematian,die cume kirim sampoi sorat,bile orng bikak sampoi,5 rngget je....masya allah...YB ape rope ni???

Aduan orang kampung:

Die jarang turun.kalau boleh turun la ari jumaat...jumpe rakyat...ini tak nampak muke pun...

Lalu saya ajukan segala persoalan kepada orang yang sepatutnya.
Ini jawapannya:

....kita kene paham YB ni bukan lah kaya sangat kalau nak belanja makan rakyat,bankrup la YB...tapi kita akan cuba berbincang balik dengan YB..jangan risau..

Aku jawab,saya bukan risau ustaz,tapi saya takut ni lah yang terakhir..

Beliau sambung lagi,lagi pun kita tak boleh nak harapkan YB ni,die Exco negeri,die sibuk,ketua kampung dan JKKK la kene turun padang selalu..

Kali ini aku mencelah,Ustaz, thats no an excuse,Die dipilih oleh rakyat tempat ini untuk menjadi suara kepada masyarakat disini.Tanggungjawab utama die adalah kebajikan rakyat disini.Memang tak boleh nafi die jadi exco,tapi tidak boleh tidak die kene turun padang juge..
Exco bukan immunity..

Muka ustaz mula merah padam..
aku minta maaf dengan ustaz cepat-cepat,bukan niat aku untuk mengkritik dan mengecam,tetapi untuk kebaikan masa akan datang...


aku terus bersembang dengan ustaz..
mmmmmm..aku agak terkejut katanya,lepas menang,last meeting april 2008..lepas tu tak meeting dah..ni akhir januari baru nak meeting..

mmmm..dah menang...
memang kaeadaan nya berada dizon selesa,complesent.....
kalau dulu susah payah,tiap-tiap malam nak meeting...
la ni dah menang..masing-masing goyang kaki.
Tunggu la saat kehancuran.Bukan nak doa yang tak elok tapi ini lah yang mereka harus dapat selepas apa yang mereka dah lakukan.Suara ini mungkin kecil dan dilihat lebih suka mengkritik,tapi percayalah ini semua untuk kebaikan.Mungkin seorang dari wakil boleh cakap...mentang-mentang belaja tinggi,sedap je mulut die nak kritik...

Terpulanglah...

apa yang aku harapkan ialah,kita berlumba untuk melakukan kebaikan untuk semua.Prinsip keadilan untuk semua perlu dijunjung.Itu yang kita tegakkan selama ini.Kemenangan yang dicapai hanya sementara,janganlah kemenagan yang dicapai menjadikan kita lalai dan terus complesent.jangan cepat terpedaya dengan ghanimah yang disediakan.

Teringat saya kepada kemenangan pro-M di UIA,sudah lama mereka memegang tampuk pemerintahan.Tahniah kepada mereka namun jangan sesekali menghampakan pelajar.Lakukan perubahan!

Sekian.
Bercakap benar walupun pahit.

Sunday, January 18, 2009

GAZA ITU MEMANGGILMU






tangisan itu memanggilmu,

ratapan itu merayumu,

suara wanita yang tidak bermaya

jeritan si kecil yang tidak berdosa

ratapan si tua yang tidak terdaya

darah pemuda yang ditumpah

nyawa perwira yang dimamah

kau biarkan mereka dilapah

suara sayu memanggilmu bumi Gaza

yang diserbudek bangsat

yang penuh muslihat

tentera khianat yang dilaknat

tergamaknya kau bersahaja

cuma menjadi penonton setia

sedangkan tanah Gaza dibunuh percuma

tanpa kau rasa duka airmata dosa

membiarkan mereka dihina derita

manakah janji bahwa kita bersaudara

darah Gaza akan menuntutmu di hari muka

kerna kau tinggalkannya dikorban tanpa bantuan

bangkitlah dengan keinsafan,

hulurkan tangan pertolongandemi Tuhan!

buat Palestin yang ditawan!

dr. mohd asri zainul abidin,lampeter, wales, uk.11.1.09

Saturday, January 17, 2009

Arena Diskusi Bestari dan Politik Kampus UM





بسم الله الرحمن الرحيم

Sememangnya,kehidupan seharian dipadatkan dengan pelbagai kerja dan aktiviti.jadual senantiasa penuh,tapi untuk mengelakkan blog aku ini daripada dipenuhi sawang-sawang sebab tidak diusik,aku tulis kan sedikit, petanda blog in ada penghuninya.huhu..

Forum Arena Diskusi Bestari(ADIB) 2009

Setelah lebih dari seminngu mempersiapkan diri dengan research dan persembahan untuk forum bertajuk RMK 9,status semasa,cabaran dan tumpua, dua sehari sebelum bertolak ke UM saya diberi tahu bahawa tajuk forum akan diundi dimalam sebelum pertandingan.OMG!!habis tu apa yang kitorang prepare ni macam mana?macam mana apa/macamtu lah..adasedikit salah faham dan tersilap disana dan situ...
Pasrah sahaja teruskan perjuangan,jangan nak salahkan sesiapa...
Alhamdulillah,hari yang dinanti dah tiba dan kami diundi pasukan nombor 2 yang akan berforum esok pagi dengan tajuk diskusi 'pencegahan dan kawalan pencemaran alam sekitar.
Mula-mula aku agak down sebab memang aku takut tajuk alam sekitar..
tapi hadap ja...
Dihari pertandingan dengan kehadiran ramai rakan-rakan UIA dari matrik dan maincamp aku jadi lebih semangat walaupun agak neves...hu
Dah selesai buat persembahan rasa laga sangat,kami terus keluar ke mid n enjoy
malam tu majlis perasmian penutup,dan alhamdulillah UIA disebut oleh pengerusi majlis sebagai Johan UiTm naib dan Um ketiga.Lebih manis kajol dapat best panelist,tapi sayang Zack tak dapat best moderator,walaupun persembahan Zack sangat luar biasa dan he deserve..tapi mungkin tak ada rezki dan UIA tak tengok pun persembahan orang lain,jadi tak bole nak komen..
Malam yang manis buat pasukan UIA juga buat kajol sedikit tercalar bila kereta kajol kena langgar kat luar dewan.Keluar sahaja dewan dengan tergesa-gesa dan kelam kabut,aku orang pertama yang nampak kereta kajol 'kemek' dan ada notis yang ditinggal kan disitu.
kami memang tergamam tapi alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik ahkirnya bila akak yang langgar tu datang dan cakap akan bertanggungjawab..Allah maha adil,disebalik kegembiraan diselitkan sedikit luka agar kita insan tidak leka dan bongkak..huh

Pilihanraya Kampus UM

Aku tak tahu mengapa Allah pilih aku untuk berada dibumi Universiti Malaya tatklala banyak peristiwa yang berlaku disana.Pilihan raya kampus UM sedang berlangsung.

Bermula dengan rasa kagum aku bila masuk pintu gerbang UM(walaupun ini bukan kali pertama masuk UM) dengan "suasana U" di UM seperti yang aku pernan bayangkan waktu kecil bila tenok drama atau tv.UIA suasana nya lain....

Bila masuk, aku nampak banyak poster dan kain rentang yang tergantung diseluruh kawasan UM.Ohh,kagum nya aku sebab aku tak nampak pun dekat UIA ada kain rentang dan poster macam ini.Suasana PRk nya sangat berbeza.

Telahan aku memang tradisi UM,PRk mereka sangat meriah dan budaya politik mereka agak subur disana.Berbanding Uia yang agak lesu.Mungkin disini kekuatan 2 pihak bertembung agak seimbang.

Aku mula tahu UM punya PRk agak 'best' bila aku terbaca 'isu kepala babi' dan 'rasuah' dalam internet.Wahhh..dasyat giler pilihanraya diorang.UIA???

Malam sebelum sebelum bertanding,kitorang pergi diskus di hotel lisa de inn sampai pukul 2.30,bila kitorang balik dan masuk kolej kediaman 12,pak guard tak tahan pun tapi ada sekatan oleh kumpulan pelajar,bertanya nak kemana dari mana?
Dasyatnya Um ni siap ada Rukun Tetangga yang kawal kolej....

Malam kemuncak,semasa Majlis penutup Forum ADIB,sambil menunggu ketibaan VIP dimeja bulat dalam dewan,kami didatangi oleh seorang perempuan.Sangat manis dan tampak begitu yakin,bersalaman dgn kajol,mek,dan nana.Nampak keterampilan macam YB Izzah..
Terus saya terfikir,pengetua kolej ke? VIP ke?..muda nya...
bila ditanya dgn Komiti,katanya tu Calon....
OMG...aku sangat terpegun katanya tu Ayuni...yeke?ayuni??nama yang aku baca dalam tenet pasal rasuah tu...huh..

Klimaknya, bila VIP datang,TNC HEPA Um,dia bagi ucapan dan bercakap tentang pilihanraya UM,rasuah,kepala babi, kempen dan sebagainya..Tak dapat nak diceritakan...
Teruknya....Bingung sekejap...huh hebatnya politik kampus UM ni.no wonder tertulis "UM,producing leaders since 1905"

Keadaan agak kelam kabut,dgn kereta kajol kena langgar,student kolej ada perjumpaan tergempar dgn TNC...
bila keluar dewan dah nampak ramai yang bertudung labuh diluar dwan..mungkin geng ayuni kot....tak tahu la..

Yang penting kitorang naik kereta dan pergi cepat2...
Diluar polis dah buat sekatan jalan...
takutnya...
macam nak ada rusuhan je...haha

apa yang terjadi seterusnya..
tak tahu...

Tuesday, January 6, 2009

Perjuangan Prinsip vs. Perjuangan Plastik

Sekarang bahang pilihanraya kampus makin terasa bagi mereka pejuang mahasiswa.
tarikh pilihanraya dijangka pertengahan Januari ini.
Saya tertarik untuk memberi sedikit respon kepada situasi yang berlaku disekeliling.
Yang jelas perjuangan mahasiswa tidak nampak halatuju sebenar perjuangan mereka.Kemana mereka hendak pergi??Melalui pengalaman cetek saya, sesetengah kelompok atau kumpulan mahasiswa memperjuangkan prinsip.Mereka tidak mudah untuk tunduk kepada apa-apa dasar dan perubahan yang dilakukan oleh pentadbiran universiti mahupun pentadbiran negara,sekiranya ia bertentangan dengan prisip mereka.Perjuangan mereka ini selalunya diterima dan mendapat sokongan.Tetapi saya tidak merasakan ia akan kekal dan berterusan mendapat sokongan,kerana kadangkala,perjuangan mereka tidak nampak pada lahiriah atau tidak boleh diukur kemajuan mereka.
Persolannya kembali,kemana halatuju mereka?
saya kira perjuangan mereka menghala kearah perjuangan menegakkan prinsip.Namun kadangkala prisip mereka mula goyah apabila orang mereka sendiri yang bertentangan dengan prinsip mereka.Dalam hal ini mungkin suara mereka tidak selantang mana...

Beralih kepada perjuangan satu pihak lagi,saya katakan ini perjuangan plastik!!
Prinsip mereka mudah berubah atau mereka lebih rela menjual prinsip asalkan mereka popular dan mengikut peredaran waktu dan keadaan.Jelasnya pegangan mereka pada asalnya lain tetapi atas hasutan dan pengaruh,maka pegangan mereka cukup rapuh.Saya tahu mereka tidak rela menyokong tetapi disebabkan populariti atau lebih tepat "kebendaan" maka prinsip mereka letak tepi...

Perjuangan mereka semua ini sama seperti perjuangan 'bos' mereka diluar.
Satu pihak memperjuangkan prinsip yang sukar diukur kemajuan mereka,mereka nampak tidak begitu profesional,jumud,degil,dan suka bersikap membantah daripada setuju.
Satu puhak lagi terus memperjuangkan kebendaan,kemewahan,kesenangan sebagai modal mereka untuk menarik perhatian.Yang kadang-kadang saya rasakan ia sudah tidak relevan tapi mungkin boleh berjaya kalau pihak lawan gagal menjawab dan membalas.Perjuangan pihak ini lebih suka memberi gula-gula,yang saya kira samalah seperti 'bos' mereka diluar.
Prinsip mereka juga rapuh dan mudah beralih arah bila disuap..
Kesimpualannya biar siapa pun mereaka,aku tidak kisah tapi aku sangat benci pada mereka yang talam dua muka,hati kata tak mahu tapi tindakan bertentangan.Meraka yang begitu fanatik,mengutuk pihak yang dibenci tapi hari ini dia bersama mereka yang dulu dibenci,dulu bila bercakap habis terbakar seisi tapi hari ini terpaksa jilat kembali ludah.Jijiknya orang ini.
"qul lii haq walau kana murra"
"kamu adalah mereka bila kamu bersama mereka"
Related Posts with Thumbnails