Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Silver Lining

Salam

Menyoroti keputusan PRK N31 Bagan Pinang yany menyaksikan BN dapat mempertahankan gawang gol mereka malah dapat menerobos gawang Pas dibeberapa UPU yang dimenangi oleh Pas semasa PRU 12 dahulu denagn mata yang yang lebih besar. Malang bagi pejuang anti rasuah kerana orang yang pernah disabitkan bersalah dalam politik wang diangkat semula. Benarlah, sejarah perlu dilupakan!

Beberapa iktibar dan istifadah yang boleh di ambil

1. Sokongan rakyat bukan bersandarkan mood

Sesetengah pimpinan pembngkang menganggap mood rakyat masih kepada pembangkang melihat kepada PRU dan siri Prk yang lepas. Analisis mood rakyat tidak dapat dijadikan sandaran.

2. Sokongan rakyat boleh bersandar kepada kemapuan memerintah dan mentadbir

disebabkan oleh banyaknya siri pilihan raya kecil selepas RRU, saya melihat kelancaran mentadbir sesebuah negeri agak terganggu. Pakatan Rakyat seharusnya memberikan tumpuan dalam usaha mereka untuk menunaikan janji PRU. tugas berat mereka adalah untuk menunaikan janji mereka yang agak idealistik,namun bukan sahaja tidak nampak kemana janji mereka malah pentadbiran juga turut tertanggu di sebabkan pergeseran sesama mereka dalam komponen. Krisis di selangor,Penanti dan sebagainya sapatutnya wajib dielakkan sama sekali. Kerana mereka perrlu ingat, mereka perlu menghadapi cabaran dari BN yang sentiasa akan mengganggu pentadbiran PR supaya nampak tidak lancar. Kalau isu dalam selimut pakatan pun tak dapat dielakkan, bagaimana nak hadapi ancaman luar BN??

Masalah exco selangor, masalah yb Pkr  dan sebagainya sedikit sebanyak memaualkan rakyat!!

3. Keyakinan yang melampau

Kadangkala perkataan yang keluaar dari pembangkang juga ada yang berbunyi riak dan takabbur! tuhan marah la..

4. Manhaj parti yang perlu diperkukuhkan lagi.

Elemen Tarbiyyah yang perlu diperkasakan kerana ahli makin ramai. Banyak orang banyak ragamnya. Isu fundamental seperti wala' , tadhiah, dan sebagainya perlu diperkasa segera.Jangan leka dengan kemenangan!

5. Pemerkasaan jentera parti semasa pilihanraya.

Strategi perlu disusun dari sekarang, segala perkara teknikal pilihanraya perlu diselesaikan dari sekarang,jangan tunggu nak Praya baru nak terkial-kial.

6. Perluas dakwah. dalam hal ini saya humbly menemplak sesetengah pendakwah parti yang hanya berdakwah kepada ahli. Yang lebih penting mad'u dari kalangan ahli parti lawan. Ada juga pendakwah mengambil pendekatan yang keras dengan menghentam habis habisan dalm ceramah di surau dan sebagainya, akhirnya yang tersa hati lari dan yang datang hanya totok kepada parti.Buek apo!!!

7. Dalami lebih banyak ilmu,klu kita hari-hari mengaji tauhid,hudud,ibadat tapi tak pulak cuba belajar ilmu pentadbiran,pengurusan, macam mana parti nak terurus dgn baik?

8.Akhirnya, bagan pinang memberi isyarat bahawa jangan mudah leka,takabbur,perbaiki segera kelemahan, dan kerja kuat untuk menghadapi Praya akan datang. Liku perjuangan bukan dibentang dengan kapet merah tapi direntangi cabaran,mehnah,tribulasi dari dalam apatah lagi dari luar! Ayuh bangkit ! La tahzan!






Related Posts with Thumbnails