Sunday, August 16, 2009

Pergi Tak Kembali : Tribut Buat Us. Asri


Al Fatihah................















Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 11, 2009

Kalottt !!!

Seperti biasa setiap hari aku akan baca akhbar.Tak kira lah akhbar pro mana-mana parti.Asalkan penilaian akan dibuat oleh diri sendiri.jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan mana-mana berita dan auta,dogma,tohmahan mahupon fakta sebelum segalanya diselidiki dan di nilai oleh kata hati sendiri.

Aku tertarik dengan petikan ni Umno makin kalot dan rimas dengan kekuatan Pakatan. 

Luahan ni bukan sekadar "penyedap hati sendiri "mahalan persaan yang keluar dari hati sendiri yang rimas dan kalut. Apat taknya prestasi mereka sedang dinilai rakyat dan malangnya prestasi ini bukan lah prestasi yang baik. Tatkala pelbagai isu seperti Dapsy,Jeff oii, Hassan ali dan Rony Liu. Kegagalan pakatan untuk menolak segala tohmahan dan serangan BN terhadap negeri mereka,aku measakan luahan seperti ini tak sepatutnya kedengaran kerana ia umpama menegakkankan benang yang basah dan lebih malang keadaan ini menampakkan ketidakbolehan untuk menerima hakikat.

Lebih mengecewakan "penyakit" ini sebenarnya semakin menular kepada politikus pembangkang.Dahulu tatkala aku membaca Berita harian keluar berita" UMNO semakin kuat dan utuh" tatkala krisis melanda Umno Terengganu semasa pemilihan MB.  Namun penyakit serupa rupanya berjangkit.

Paku dulang Paku Serpih.......

Permatang Pasir : Hidup dan Mati siapa?

"Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak. "......harakah

"Laluan sukar untuk Pas di Permatang Pasir - Guan Eng

PULAU PINANG 11 Ogos — Pas mungkin berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil 25 Ogos ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng."...Utusan Malaysia


Satu lagi siri Pilihan Raya kecil bakal diadakan lanjutan daripada permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai, Penanti, dan terbaru Manek Urai. Ia umpama menyajikan PilihanRaya bagi yang mendabik dada mahukan pilihanraya kecil sepanjang tahun dan cabaran bagi yang mengaku sudah diterima rakyat semula.

Kali ini Permatang Pasir. Kalau dilihat majoriti penyandang,iaitu Pas ,Pastinya akan meyakinkan ahlinya bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka.Malah ini adalah cabaran untuk Pas untuk mempertahankan majoriti besar itu.Kalau dihitung pada Rekod,pastinya Pas akan menang besar kerana Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas sejak 1999 lagi.

Namun disebabkan oleh krisis dalaman Pas dan Isu Kg. Buah Pala yang dimainkan media pastin ya menjadi cabaran buat mereka. Lihat saja apa yang berlaku di Manek Urai. Manek-manek Pas nyaris terurai.Lantas Pembangkang cuba menaikkan semangat "reformasi" dengan "memanaskan badan" dengan demonsrtasi Mansuhka ISA.Sebab kalau ikut teorinya, rakyat perlu sentiasa perlu "warm up" dengan apa-apa isu agar "mood" pro pembangkang" itu tidak hilang.Lihat sahaja Pru 12 dahulu,teori ini benar-benar berjaya apabila demonstrasi BERSIH berjaya di jadikan anjakan untuk pembangkang mendapat "undi populis" 

Tapi,Bn pula jangan dipandang enteng.Manek Urai sudah membuktikan kepada mereka bahawa manik-manik kegemilangan mereka kembali bersinar.Lantas Permatang Pasir boleh dijadikan ukuran sebenar sejauh mana bersinarnya manik-manik mereka atau ia sekadar pasir bukan manik baut BN!!

Related Posts with Thumbnails