Tuesday, August 11, 2009

Permatang Pasir : Hidup dan Mati siapa?

"Kemenangan awal PAS di Permatang Pasir

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Hrkh) - Permatang Pasir milik PAS! Kehadiran bulan Ramadan bakal memberikan kemenangan kepada PAS dalam mempertahankan Dun Permatang Pasir kelak. "......harakah

"Laluan sukar untuk Pas di Permatang Pasir - Guan Eng

PULAU PINANG 11 Ogos — Pas mungkin berdepan laluan sukar bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir dalam pilihan raya kecil 25 Ogos ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng."...Utusan Malaysia


Satu lagi siri Pilihan Raya kecil bakal diadakan lanjutan daripada permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Batang Ai, Penanti, dan terbaru Manek Urai. Ia umpama menyajikan PilihanRaya bagi yang mendabik dada mahukan pilihanraya kecil sepanjang tahun dan cabaran bagi yang mengaku sudah diterima rakyat semula.

Kali ini Permatang Pasir. Kalau dilihat majoriti penyandang,iaitu Pas ,Pastinya akan meyakinkan ahlinya bahawa kemenangan akan berpihak kepada mereka.Malah ini adalah cabaran untuk Pas untuk mempertahankan majoriti besar itu.Kalau dihitung pada Rekod,pastinya Pas akan menang besar kerana Permatang Pasir adalah kubu kuat Pas sejak 1999 lagi.

Namun disebabkan oleh krisis dalaman Pas dan Isu Kg. Buah Pala yang dimainkan media pastin ya menjadi cabaran buat mereka. Lihat saja apa yang berlaku di Manek Urai. Manek-manek Pas nyaris terurai.Lantas Pembangkang cuba menaikkan semangat "reformasi" dengan "memanaskan badan" dengan demonsrtasi Mansuhka ISA.Sebab kalau ikut teorinya, rakyat perlu sentiasa perlu "warm up" dengan apa-apa isu agar "mood" pro pembangkang" itu tidak hilang.Lihat sahaja Pru 12 dahulu,teori ini benar-benar berjaya apabila demonstrasi BERSIH berjaya di jadikan anjakan untuk pembangkang mendapat "undi populis" 

Tapi,Bn pula jangan dipandang enteng.Manek Urai sudah membuktikan kepada mereka bahawa manik-manik kegemilangan mereka kembali bersinar.Lantas Permatang Pasir boleh dijadikan ukuran sebenar sejauh mana bersinarnya manik-manik mereka atau ia sekadar pasir bukan manik baut BN!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails