Wednesday, March 11, 2009

Penyebab Hati Ini Semakin Gelap

1.Tidak menjaga solat

a.lately sangat sukar bangun solat subuh.Kadang kala,solat gajah atau denosour..

b.sembahyang di hujung waktu.Kesibukan kadang-kadang menyebabkan terleka.

c.kurang solat jamaah.

d.leka dalam solat.

2.Tidak dekat dengan al-quran

a.baca quran bila nak tasmi' sahaja.

b.baca quran tergesa-gesa

c.ulang bila ada masa saja.

3.tak berdamping dengan majlis ilmu

a.kulliyah subulussalam isnin  dah lama tinggal

b.ada majlis ilmu lain tak boleh pergi

c.hanya dengar khutbah jumaat je..huh

hati ni dah semakin .......................................................................................................................................jauh..

Wednesday, March 4, 2009

Kenderaan berat ikut Kiri!!!


Kalau bangun lambat pagi, mesti tergesa-gesa nak pergi kelas.Sama juga bila drive nak pergi kerja.Bila dah lambat,orang lain disalahkan.ni la aku.aha..

So,kalau drive kereta,paling bengang bila ikut belakang kereta yang lembab.Siapa yang lembab tu?

1.pak aji pakai lebai.Masya Allah,sabar je la pak aji..

2.Apek tue bawak kereta....muka tak mandi..aya apek!

3.Perempuan yang lembab bawak kereta n poyo!

4.Pemandu tengah mesej atau cakap phone..aduh.ini memang aku pantang giler!

5.lelaki dengan perempuan tengah bersembang dan "bergurau"(tak cukup kat umah ke?) bengang betol!

Kalau naik kereta boleh la horn kan sikit,kalau dah buat salah mcm guna phone tu..tapi kalau pak aji aku tak hornkan pon.kesian..

Tapi kalu lambat pegi kelas,perkara yang hampir sama belaku jugak...tengah rushing nak pergi kelas,tibe-tibe kna ikut belakang "golongan lembab" ni...

1.perempuan!!mungkin tak semua tapi kebanyakan.Serius.Kalau jalan belakang diorang ni,nasibla..lenggang kangkong,mak hayun...lambat gile...kene mintak lalu pulak..yang peliknye diorang ni satu kelas,tapi wat derk je lambat.Mungkin kelas diorang stat 5, atau 10 minit lebih lambat kot.Bila aku dah sampai dalam kelas dalam 2, 3 minit baru minah2 ni masuk.la budak kelas aku ke???!!!

2.couple.Aduh mak ai..bermesra2 plak.orang nak jalan cepat gi kelas ni..

3.tengah cakap phone or mesej..kalau dah tau nak mesej or phone ketepi la sikit bagi orang nak lalu....

Kalu dalam kereta boleh la horn.tapi kalau dah jalan kaki boleh cakap sekius me! je...pastu wat pekak badak.Panas betul.

So,kesimpulannya,anda perlu menukar lorong kiri untuk pemanduan yang lebih perlahan.Beri laluan kepada orang lain untuk memotong.Bertimbang rasalah ketika memandu.aha..

-Sekadar melampiaskan kemarahan-.

Monday, March 2, 2009

Kerajaan BN Perak haram-Najib

Dalam banyak2 pendapat yang ditulis dalam blog,aku sangat tertarik dengan argument dibawah.Keadaan semakin lucu..apa nak jadila....

pertama:

“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,”  kata Najib.

maknanya sekarang Kerajaan BN sekarang tak sah,kena tunggu dulu keputusan mahkamah.Sahlah kerajaan Haram.Bukan aku yang kata,Najib yang kata.haha

Kedua:

Panglima Perang Cyber berkata... 

Tindakan gantung dan nak buat sidang DUN tanpa perkenan Raja satu cara sangat tidak bermoral.

Sangat tidak beretika dan jelas nak tunjuk power.

Sayang mereka salah guna dan nampaknya politik KEBENCIAN menjadi teras tindakan pihak Pakatan Rakyat.

Ni pun sama macam Pak  dia,Najib...sekarang baru nak cerita bab bermoral??yang pegi culik Adun tu bermoralkah??ambil ADUN kene tuduh rasuah,Bermoralka?sejak bila concern pasai bab bermoral ni??

Ni samalah cerita dengan bab derhaka tak derhaka,Penderhaka tuduh orang lain derhaka.

Buat Renungan Bersama.

"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)."

ali imran:112

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina"

an-nisa':14

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".

al-an'aam:15

"Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan"

yunus:23

"Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka."

maryam:69

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

almujadalah:9

`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar

aljin:14

(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

Asy-Syams:11




Related Posts with Thumbnails