Sunday, December 27, 2009

Tragedi bas, 10 maut: Salah siapa?

Assalamualaikum

Rata-rata dada akhbar hari ini menceritakan tentang kejadian kemalangan yang meragut 10 nyawa di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ipoh.

Kemalangan yang sangat ngeri ini berlaku jam 1 pagi, bas dari Klang ke Kangar (kalau tak silap). Lebih mngerikan ada mangsa yang terputus kepala! Mashaallah

Soalnya, kemalangan seperti ini bukan ahanya kes terpencil, sebaliknya sudah banyak kes yang melibatkan perkhidmatan bas. Tragedi Bus di Bukit Gantang perak yang mengorbankan 12 nyawa, kejadian di LUS berhampiran Rawang turut mengorbankan 6 nyawa, tidak lupa kejadian kemalangan bas di Bentong Pahang suatu ketika dahulu masih menjadi igauan ngeri.

Terdapat banyak cadangan dan kritikan yang diberikan sehingga ada yang menyalahkan pembahagi jalan! (mungkin ada logik nya) ada pula yang menyalahkan syarikat bas yang masih membenarkan jadual perjalanan pada lewat malam. maka timbul cadangan agar jadual prerjalanan dipinda dengan tidak membenarkan perjalanan pada lewat malam.

malah timbul juga cadangan agar Akta pengangkutan jalan turut dipinda agar diberatkan hukuman..hehehe..lawak pon ada, clishe sangat. mana tak nya talian aduan Lpkp pon tak berfungsi macam mana undang-undang boleh berjalan kalau yang menjalankan tugas makan duit haram gaji buta??
apa pon cadangan yang diberikan, kita perlu fikirkan kesemuanya, bukan sikit nyawa yang sudah terkorban. Dek kerana pemandu yang terlelap tak berapa saat, 10 nyawa yang terkorban.

No comments:

Related Posts with Thumbnails