Thursday, April 15, 2010

Rindukan perjuangan


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنْيَـنٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh,

Assalamualaikum
Telah lama aku tidak menulis disini. Baru shaja usai final exam yg agak caca marba persiapan nya. Moga-moga
keputusannya tidaklah caca marba. isu yang sedang hangat sekarang adalah isu pilihanraya kecil hulu selangor. Namun tulisan kali ini tak mahu mententuh soal itu. Masih jauh untuk diramalkan kecenderungan kemenangan kepada siapa.
Tapi kali ini aku ingin meluahkan rasa yang terpendam dalam hati sekian lama. Perjuanagan? perjuanagn apa? apa yang nak diperjuangkan? kita bukan Palestin mahupun Thailand. Berjuang untuk mendapatkan keadilan, tapi sedar atau tidak perjuangan bukan semata-mata untuk menegakkan keadilan sebaliknya perjuangan adalahuntuk menegakkan agama allah sbt. Perjuangan agar hukumNya dilaksana dan Alquran dan Sunnah dijadikan perlembagaan tertinggi. Teringat dan terasa rindu untuk berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Teringat kemanisan bersama2 suatu ketika, malah membantu mendekatkan diri dengan Allah taala kerana perjuanagn sudah tentu menuntut penghambaan yang tidak putus-putus kepada Allah, malah itulah sebenarnya tujuan kita berada diatas muka bumi ini.

Jauhnya dan besar nya konsep perjuangan dalam Islam. tapi bila di kaji semula dan bermuhasabah, a[akah itu tuntutan sekarang untuk diri aku? maksudnya adakah itu yang paling aula untuk aku lakukan. Aku rasakan tidak. Kenapa? Ini kerana padaku perjuanagan yang paling besar yang perlu aku hadapi adalah perjuanagan diri sendiri. Perjuanagan melawan hawa nafsu. aku rasa perjuanagan inilah yang sering aku lupakan. Perjuanagan inilah yang aku tinggalkan. Usah bercakap tentang perjaungan menegakkan agama andai diri sendiri tidak menegakkan kewajipan agama, apatah lagi hati, perbuatan, perkataan semakin jauh dari Allah taala. Ini lah sebenarnya perjuanagan yang hakiki buat diriku sementara ini. Ayuh berjuang!

No comments:

Related Posts with Thumbnails