Teks ucapan semasa rancangan forum generasi Y : kerah minda kelas pertama.
Assalmualaikum w.b.t
Solutasi.
Saya yakin dan percaya 'politik baru' yang berlaku di Malaysia ini merupakan satu bentuk transisi kearah kematangan politik yang ampuh.Namun dalam membicarakan soal kematangan saya lebih melihat transisi itu berlaku disisi masyarakat dan tidak pula berlaku disisi pemimpin atau ahli politiknya.Kalau pun ada mungkin sedikit,namun yang semakin buruk semakin menyerlah.Apakah bahan-bahan yang ada dalam rencah politik baru yang matang?Disini saya berikan tiga gagasan 1)intektualisme yakni politik ilmu,bukan ampu. 2)aktivisme,politik budi bukan undi, 3)idealisme,politik hikmah bukan fitnah.Namun melihat situasi politik di Malysia,ahli politik masih mengampu,memfitnah dan membeli undi untuk jawatan sedang rakyat sudah menolaknya,rakyat kini tidak terbeli dengan kain batik,basikal,mahupun baja.Rakyat tak suka melihat suasana fitnah memfitnah.Lebih membanggakan rakyat kini sudah berilmu,tidak tertipu dengan permainan politik kotor dan tidak sesekali percaya dengan media yang jadi lembu,dicucuk hidungnya.Namun tidak dapat dinafikan masih ada(ramai juga) yang masih di takuk lama dengan sentimen perkauman yang sangat kuat dan kesetiaan kepada kepimpinan rasuah dan kronisme!sebab itu perlunya kita berilmu dan bertindak secara profesianal bukan emosional!
Maka,hari ini topik perbincangan rakyat kebanyakan bukan lagi berkisar tentang perlunya bersyukur sebagai rakyat kerana menikmati keamanan dibawah kepimpinan kerajaan tapi sebaliknya berbincang mengenai bagaimana mempertahankan keamanan sebelum diroboh puak yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang akan menhancurkan keamanan.
Hadirin sekalian,
Rukun negara dicipta setelah tragedi 13 Mei 1969 oleh MAGERAN.Maka sejarah ini perlu diungkap semula agar kita lebih menghormatinya apatah lagi buat mereka yang menggubalnya.Maka keluhuran perlembagaan merupakan salah satu dari arkan yang ada.Keluhuran atau Uphold bermaksud mempertahankan(maintain a custom),atau menyokong serta yang lebih penting mematuhinya.Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.Ini jelas termaktub didalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.Kalau dikaji sejarah,perlembagaan ini digubal atas dasar persetujuan Kerajaan british,pemimpin malaysia pelbagai kaum dan rakyatnya sendiri yang menghantar reforandum melalui organisasi tertentu.Keunikan ini menjadikan perlembagaan ini perlu dihormati dan dipatuhi.Disebabkan Perlembagaan ini yang tertinggi maka tidak ada sesiapa pun yang lebih tinggi daripadanya termasuk pemimpin,kehakiman,mahupun raja-raja melayu atau sultan.Ini lah yang kita amalkan iatu prinsip berpelembagaan (constitutionalisme) yang dipanggil di Malysia sebagai Raja berpelembagaan.
Bukan setakat rakyat perlu bertindak mengikut perlembagaan sebaliknya Raja juga harus bertindak mengikut limitasi yang tersedia di atas kertas perlembagaan.Malah kuasa raja-raja juga terhakis apabila kuasa untuk meluluskan rang undang-undang bukan lagi terletak atas YDP Agong sebaliknya telah dipinda pada tahun 1983.Dan sepuluh tahun kemudian kekebalan raja-raja pula disentap apabila Raja-raja boleh diheret ke mahkamah Khas.Maka inilah Perlembagaan yang sudah 'kita' cipta.Sekarang kalau ada insan yang mahu mengheret Sultan ke Mahkamah,mengapa perlu kita bising dan berteriak mahupun membuang kerakyatannya sedang 'kita' lah yang membuka jalannya.Sekarang 'dia' bertindak mengikut apa yang termaktub dalam undang-undang sedia ada.Bukankah itu keluhuran Perlembagaan??jelas disini raja yang patut kita sembah setia dalah pelembagaan.Namun jangan kita lupa pada rukun yang kedua bahawa kita perlu taat dan setia kepada raja dan negara.Tetapi ia tidak menafikah kita boleh sembah derhaka andai Raja bertindak melebihi limitasinya mengikut perlembagaan,kerana 'raja' yang berkuasa adalah perlembagaan.Maka semua perlu sembah setia padanya termasuk raja.
Rakan-rakan sekalian,
Diatas tadi saya menyebut mengenai prinsip berperlembagaan atau constitutionalisme.Salah satu doktrine dibawah prinsip ini adalah kedaulatan undang-undang atau rules of law,yang juga rukun keempat Rukun Negara.Saya tertarik dengan definisi rules of law yang disampaikan oleh Sultan Azlan Shah bahawa "we are a government of laws, not of men" describes the basic principle that runs through our entire
constitution-the principle of the Rule of Law" dan katanya lagi, Taken in its broadest sense this means that people should obey the law and be ruled by it.But in political and legal theory it has come to be read in a narrow sense, that the government shall be ruled by law and
be subject to it.The ideal of the Rule of Law in this sense is often expressed by the phrase "government by law and not by man""jelas disini bahawa,rakyat,mahupun kerajaan,termasuk raja-raja ditadbir oleh undang-undang.Semua adalah sama disisi undang-undang,equlity before the law.Maka apakah akan terjadi andai ada manusia yang mempunyai kuasa mutlak yang menentukan undang-undang,seperti kata baginda,that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the executive, legislative and judicial branches of government, compendiously expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men." Sudah pasti akan berlaku kekacauan,huru-hara,rusuhan dan tunjuk perasaan seperti yang berlaku baru-baru ini.Ini disebabkan kita tidak lagi governed by the law,but by man instead.
constitution-the principle of the Rule of Law" dan katanya lagi, Taken in its broadest sense this means that people should obey the law and be ruled by it.But in political and legal theory it has come to be read in a narrow sense, that the government shall be ruled by law and
be subject to it.The ideal of the Rule of Law in this sense is often expressed by the phrase "government by law and not by man""jelas disini bahawa,rakyat,mahupun kerajaan,termasuk raja-raja ditadbir oleh undang-undang.Semua adalah sama disisi undang-undang,equlity before the law.Maka apakah akan terjadi andai ada manusia yang mempunyai kuasa mutlak yang menentukan undang-undang,seperti kata baginda,that no single man or body shall exercise complete sovereign power, but that it shall be distributed among the executive, legislative and judicial branches of government, compendiously expressed in modern terms that we are a government of laws, not of men." Sudah pasti akan berlaku kekacauan,huru-hara,rusuhan dan tunjuk perasaan seperti yang berlaku baru-baru ini.Ini disebabkan kita tidak lagi governed by the law,but by man instead.
Maka dimanakah goverment of law?? sebab itu perlunya kita mendaulatkan undang-undang bukan mengikut telunjuk seseorang!!Kata Lord Golf,"The Rule of Law is the rule by the laws that govern a true democracy".Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi?kerajaan rakyat, untuk rakyat,oleh rakyat.Itu teorinya namun secara praktikal,Geraint Parry dalam bukunya Political Elites menyatakan "kerajaan dalam satu sistem demokrasi sememangnya kerajaan rakyat,mungkin juga untuk rakyat namun tidak pernah oleh rakyat,tetapi hanya oleh kelas pemerintah".Betul kata Parry!
Akhirnya,masyarakat yang berilmu perlu menilai perkara ini secara ilmiah tanpa di selubungi oleh sentimen politik mahupun perkauman.rasional perlu letak dihadapan bukan emosional.Ingat kebangkitan amerika,Francis sebagi kuasa besar dunia disebabkan kekuatan manyarakat sivil golongan pertengahannya dan saya percaya masyarakat kita sedang kearah itu jangan pula anda tercicir.Wallah a'lam.
Mohamad Fitri Khalis Ahmad.
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws,IIUM
2 comments:
ucapan mende ni pOk cik?
jadi ahli penel kat stu forum ..huhu
tak leh dedah rahsia.nanti kne dakwa terlibat politik lak..yg penting dapat duit..huhu
Post a Comment