Tuesday, February 17, 2009

Bermoral kah Ini????





kilatnye.........

                                                                              

SHAH ALAM- Pemimpin UMNO Selangor mendesak Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong meletak jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran gambar kurang sopannya kepada umum. 


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Khir Toyo berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor perlu mendesak beliau (Elizabeth) supaya meletak jawatan. 

Ini soal moral. Dulu ketika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terlibat dalam perkara yang sama, mereka (PR) mendesak beliau supaya letak jawatan. Jadi, PR perlu laksanakan perkara yang sama ke atas pemimpinnya yang terlibat dalam skandal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, beliau (Elizabeth) perlu bertanggungjawab dalam soal ini. 

“Jika beliau seorang yang berintegriti, dia perlu bertanggungjawab. Masyarakat akan mencemuh dan tidak dapat menerima jika pemimpinnya mempunyai moral sebegitu. 

“Soal bagaimana dan bila gambar itu diambil soal kedua. Yang penting sekarang, beliau mesti dengan rela hati melepaskan kedua-dua jawatan tersebut,” katanya. 

Malam kelmarin, Exco berkenaan dikatakan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam berhubung gambar kurang sopannya kepada umum. Difahamkan gambar berkenaan dirakam tanpa kebenarannya sewaktu beliau sedang tidur. 

Mengulas mengenainya, Khir berkata, ada kemungkinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat saringan peribadi setiap calonnya yang bertanding pada pilihan raya umum lalu. 

Menurutnya, ini mungkin kerana mereka tidak menyangka akan menang dan menubuhkan kerajaan di Selangor. 

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus menganggap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah membuat penilaian terhadap barisan Exconya.

Woi toyol btol!

ni masalah moral kau kata?yang tak bermoralnya orang yang pegi ambik gambar tu.yang tak bermoralnya orang yang sebarkan gambar tu.Salah ke nak tidur tak pakai apa-apa dalam bilik sendiri?tak bermoral ke namanya tu?kalau kes soi lek tu memang la tak bermoral sebab buat seks dengan perempuan.even kalau dia buat seks dengan bini dirumah,adakah itu tak bermoral buat doktor tu.Tak....

Yang tak bermoral orang yang sebarkan.yang tak bermoral orang yang ambil gambar tu.Yang tak bermoral orang yang suruh letak jawatan tu....

Pelik..

bila dah kalah,tak boleh nak bezakan yang mana tak bermoral mana yang bermoral.

Ini semua angkara permainan politik yang tak bermoral!

Eh..pg belajar "moral" balik la kat sekolah rendah?

No comments:

Related Posts with Thumbnails