Thursday, February 5, 2009

ADUN LOMPAT PARTI,PR TUMBANG:TAMPARAN KEPADA ANWAR


Situasi di perak terus menjadi perhatian.Sejak tumbangnya kerajan Tajol Mac 08,perak dilihat sebuah negeri yang mempunyai potensi ekonomi yang baik bakal menghadapi seutu masalah.Tatkala wujudnya kerajaan campuran,BN terus mengintai peluang.Media terus memainkan peranannya untuk menggoncang Pentadbiran Nizar.

Pelbagai isu dimainkan untuk mempamerkan kebobrokan kerajaan rakyat,namun usaha itu semakin hari semakin gagal terkesan dihati rakyat.Kemuncaknya terbukti bila BN kalah teruk di KT.

Lompat parti.

Bermula dengan gagasan 16 Sept yang cuba digagas Anwar,tatkala itu betapa sakitnya hati BN,Pak Lah dengan sikap pemimpin itu yang cuba merampas kuasa,kononnya ada yang akan menyeberang keseberang Pakatan.

Ketika itu,prinsip dan integriti pemimpin mungkin tak dipersoalkan sangat,tetapi apa yang pasti kalau peralihan kuasa itu berlaku maka sudah pasti sakit hati yang terlampau dipihak kerajaan akan berlaku.

Pengkhianat!
Tidak demokrasi
Membelankangkan rakyat
Mengkhianati amanah rakyat!
Gila Kuasa!
Semua ini mungkin kata-kata yang akan dilemparkan kepada mereka yang kononnya akan lompat.

Cuba bermain kotor dan bermain api.
Sekarang apa yang berlaku diPerak??
Siapa yang dulu cuba bermain kotor,pujuk-memujuk,perang saraf...
Sekarang musuh guna taktik yang sama malah lebih buruk??
Nak salahkan siapa??

kalau Bn kalah di P.Pauh,BN kalah di KT,ADUN Bota lompat Ke PR,maka sudah pasti tangan akan dituding kepada Najib,Pak Lah...haa..itu tanda undi tidak percaya kepada 'kongkalikong'.

tapi sekarang dua ADUN PKR lompat.Kenapa tak salahkan ketuanya??
Cukuplah....(malas nak tambah lagi,tension!!)

Sampai bila kita nak mengiakan sahaja.mengangguk dan menurut??



Integriti politik adalah kejujuran,dan keikhlasan dengan amanah mengamalkan ilmu politik,dan dizahirkan dengan cara yang diterima pakai.ahli politik seharusnya mengamalkan politik idealisme,yakni politik hikmah bukan politik fitnah.(Altantuya,Liwat,Lompat parti...etc)
Ahli politik juga perlu mengamalkan politik aktivisme,iaitu politik budi bukan politik undi,serta mengamalkan politik intelektualisme,yakni politik ilmu,bukan ampu!!!
Cuba semak balik ahli politik yang kita taat,ada atau tidak ciri-ciri ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails