Thursday, December 25, 2008

Pilihan Raya Kecil : Durian Runtuh Untuk rakyat


Tertarik untuk membri sedikit respon terhadap Pilihan raya kecil DUN yang bakal diberlangsung dipadang K.terengganu.Kali ini dengar khabar akan menemukan tiga 'pemain' utama dalam pertembungan ni.Bn awal-awal lagi sudah menggunakan teknik sama,royalti untuk rakyat terengganu jadi habuan awal.Kata Najib ni bukan untuk PR kecil sebab memang dah termaktub kerajaan pusat akan bagi.Tapi kenapa tergesa-gesa sangat?Apa pun rakyat yang untung.
berita yang aku dengar baru-baru ini daripada kawan aku budak ganu katanya budak yang ambil SPM dapat notebook.Betul ke? entah...
Pilihan raya kecil sebenarnya banyak beri keuntungan kepada penduduk tempatan walau pun tak dapat nafi bahawa banyak duit habis sebab PR kecil.Poster,pekerja dan jentera praya ,perayu,mat rempit,pemandu bas bawa 'perayu' luar...banyak lagi.kesimpulannya banyak duit dihabiskan untuk menang.Sebab itu, ramai 'perayu' yang datang dengan bas ke terengganu masa pru 12 yang lalu.Bila kena tahan bagi alasan perayu undi,pelajar yang buat lawatan sambil belajar..haha.kelakar nyer..

tapi keuntungan untuk penduduk tempatan pun banyak,menteri akan datang ke rumah tolong pakukan rumah yang nak roboh,dapat beras,gula,kain batik, basikal,wheelchair...senang cerita,mintak apa sahaja waktu ni semua akan dapt.

Waktu ini lah kita nak tengok sifar birokrasi dalam perkhidmatan.Semua dapat segera.Tapi mesti cepat,sebelunm 'pemain' dinobatkan sebagai johan.

Waktu ni jugalah,hotel akan penuh.tak cukup hotel,sekolah asrama 'disewa' untuk duduk berkampung semata-mata nak 'selami' kesusahan rakyat.waktu ni lah kita nak tengok YB 'meranduk' lumpur,hutan, sawh..

So....ambil lah peluang ni cepat.
PR umum pun belum tentu dapat tapi ni comfirm dapat..
Tapi ingat jangan sesekali prinsip digadai...

No comments:

Related Posts with Thumbnails