Sunday, November 16, 2008
Kita tak bersatu Dalam Isu kepentingan Negara
"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh"
Perpaduan adalah suatu elemen yang sangat penting dalam mencapai sesutu kejaya.mentah lagi dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia,maka perpaduan adalah sesuatu yang yang sangat penting dalam kita menerajui kecemerlangan dan kemajuan negara.
Perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dielak.Malah perbezaan pendapat adalah lumrah dalam kehidupan manusia.
Malah islam mengiktiraf perbezaan pendapat,namun tidak pernah menafikan bahawa perlunya untuk kita bersatu padu.
Dalam tulisan kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai perpaduan.Malaysia setelah mencapai umur kematangan 51 tahun,namun sejauh mana kita mampu mendabik dada untuk menyatakan kitalah yang terbaik dari segi perpaduan kaum.
Apa yang dapat dilihat dalam keadaan sekarang,kita gagal untuk bersatu padu dalam sesutu isu yang membabitkan kepentingan negara.
Kita? siapa kiata.Dalam penulisan ini kita saya rujukkan kepada dua entiti besar dalam negara yakni kerajaan yang diterajui barisan Nasional dan Pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan rakyat.Rasional mengapa saya katakan dua entiti ini sebagai "Kita" adalah kerana Bn sekarang menerajui 8 buah negeri dan membentuk kerajaan Pusat manakala Pakatan menerajui 5 buah negeri.maka sebenarnya dua entiti ini menerajui kepimpinan dan teraju pemerintahan masing-masing.Maka keperluan untuk bersatu adalah jelas.demi negara,Malaysia.
Dalam isu pembentangan Bajet 2009,ketika datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan untuk diadakan review terhadap bajet,tetapi usul dipandang enteng malah menteri kewangan ketika itu tidak berada dalam didang.Sedangkan perkara yang ini sangat penting demi kepentingan negara.
Dalam isu plan ransangan 7 billion yang cuba dibentang oleh Najib(Dato' Sri),saya melihat ada pentingnya untuk dibahaskan walaupun secara teknikal ia salah dan bertentangan dengan peraturan mesyuarat.mungkin kesilapan Najib ini sesuatu ayng sepatutnya tidak dilakukan oleh beliau namun saya melihat da kepentingan plan ini dibahaskan dalam dewan.Kalu benar plan ini tidak bagus dan merugikan maka bahaskan sahaja agar sekalian dewan faham dan tahu mengapa ia salah dan tidak perlu.Namun emosi kita melangkaui rasional.Kita tidak boleh bersatu.
Dalam isu kenaikan harga minyak,atau dalam bahasa "gula-gula" nya pensrtrukturan semula subsidi sebagai contoh,kita sekali lagi gagal untuk bersatu.Ketika Ahli parlimen Kubang kerian mendesak PM membuat sidang tergempar bagi memberi peluang untuk dewan membahaskan isu ini,ttepi sayang kerajaan tidak mengambil pendekatan tersebut.Walaupun dari segi undang-undang tidak pernah menyebut keperluan untuk Kabinet berbincang dengan pembangkang,namun saya kira ahli dewan ini bertindak sebagai wakil rakyat maka mereka nerhak bersuara untuk kepentingan rakyat.Namun sayang kepentingan rakyat taidak melangkaui rasional mereka.Kita tidak bersatu.
Maka pembangkang sekonyong-konyongnya,menggunakan isu ini sebagai bahan untuk menghentam kerajaan,mereka dengan mudah memanipulasikan isu dan memberi tahu rakayt dengan mesej yang salah walaupun maklumat itu tidak dapat disangakal kebenarannya.
Maka dalam isu ini kerajaan yang rugi,dan sekali lagi kita gagal meletakkan rasional akal yang waras untuk bersatu dalam menjaga kepentingan negara.
Itu belum kita berbicara mengenai kerjasama kerajaan puasat dan kerjaan negeri PR.Sudah tentu terlalu banyak caca marba yang berlaku yang memperlihatkan kegagalan kita untuk bersatu.Paling mudah dan jelas, jawatankuasa kamajuan Perseketuan dan Jkkk negeri. Sikap kerajaan Pusat yang dilihat tidak matang dan seolah-olah tidak mempunyai semangat perlembagaan apabila seolah-olah tidak mengiktiraf kewujudan kerajaan negeri dari parti lain apabila wang an bantuan tidak melalui kerajaan negeri.Bukankah ini merugikan kita sendiri.Kita terus berpecah.
Mungkin semua ini disebabkan kita terlalu lama diterjui satu parti dan ini adalah kali pertama kuasa hegomoni itu dicabar secara begini besar.Namun kalau diimbas sejarah ini bukanlah kali pertama namun mugkin kali ini ia sedikit berbeza bila konfliknya berbeza dan cabaran nya lebih besar.
Apa pun kita yang rugi bila kita masih tidak boleh meletakkan kewarasan dan rasional sebagai panduan dalam tindak tanduk dan membuat keputusan.
Kalaulah benar kita matang mamapukah kita melupakan kita berasal dari parti mana apabila sudah menang kerana pada asasnya parti hanylah parti yang digunakan untuk pemilihan dalam pilihanraya.namun sesudah dipilih,lupakan saja kita dari parti mana,kita adalah sama,wakil kepada rakyat,bekerja untuk rakyat,kerajaan kepada rakyat.Bukan untuk parti yang kita wakili.Namun keaadan ini sekan mustahil untuk kita jelmakan.Bersediakah kita?Saya katakan TIDAK.TAK MUNGKIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment