Friday, December 26, 2008

Enggan menyertai Peperangan.


akhirnya aku tahu kenapa mereka seperti tidak berapa suka pada aku.
aku perasan layanan mereka semasa aku dalam kumpulan dulu sangat baik,ukhwah fillah..lillahi taala.ukhwah terbina dan terikat atas dasar aqidah yang satu.
Tapi situasinya beda sama sekali selepas aku tidak menyertai 'peperangan' ,bukan sekali tapi dua kali.Mesej yang mereka terima mungkin aku ingin lari dari kumpulan,tapi kalian harus tahu bukan niat aku untuk tidak mahu menyertai peperangan,tapi masa tidak beri izin pada aku.
Mungkin itu yang aku salah,sebab aku tidak pernah cuba memahami fiqh awlawiyyat.
Mana satu prioriti.Tapi ini juga penting demi survival aku.Bukan bermakna aku cuba meninggal kiamat.Tapi aku bingung dan tidak berapa pasti dengan diri sendiri.
Kalu benar ini balasan dan hukumannya aku redha menerimanya.Mereka pulau aku kerna aku enggan sertai peperangan.aku redha kerna alasan mereka cukup kukuh,bahwa rasul s.a.w dahulu memulau tiga orang sahabat yang enggan menyertai peperangan
Memang aku sangat jahiil..

No comments:

Related Posts with Thumbnails