Tuesday, January 6, 2009

Perjuangan Prinsip vs. Perjuangan Plastik

Sekarang bahang pilihanraya kampus makin terasa bagi mereka pejuang mahasiswa.
tarikh pilihanraya dijangka pertengahan Januari ini.
Saya tertarik untuk memberi sedikit respon kepada situasi yang berlaku disekeliling.
Yang jelas perjuangan mahasiswa tidak nampak halatuju sebenar perjuangan mereka.Kemana mereka hendak pergi??Melalui pengalaman cetek saya, sesetengah kelompok atau kumpulan mahasiswa memperjuangkan prinsip.Mereka tidak mudah untuk tunduk kepada apa-apa dasar dan perubahan yang dilakukan oleh pentadbiran universiti mahupun pentadbiran negara,sekiranya ia bertentangan dengan prisip mereka.Perjuangan mereka ini selalunya diterima dan mendapat sokongan.Tetapi saya tidak merasakan ia akan kekal dan berterusan mendapat sokongan,kerana kadangkala,perjuangan mereka tidak nampak pada lahiriah atau tidak boleh diukur kemajuan mereka.
Persolannya kembali,kemana halatuju mereka?
saya kira perjuangan mereka menghala kearah perjuangan menegakkan prinsip.Namun kadangkala prisip mereka mula goyah apabila orang mereka sendiri yang bertentangan dengan prinsip mereka.Dalam hal ini mungkin suara mereka tidak selantang mana...

Beralih kepada perjuangan satu pihak lagi,saya katakan ini perjuangan plastik!!
Prinsip mereka mudah berubah atau mereka lebih rela menjual prinsip asalkan mereka popular dan mengikut peredaran waktu dan keadaan.Jelasnya pegangan mereka pada asalnya lain tetapi atas hasutan dan pengaruh,maka pegangan mereka cukup rapuh.Saya tahu mereka tidak rela menyokong tetapi disebabkan populariti atau lebih tepat "kebendaan" maka prinsip mereka letak tepi...

Perjuangan mereka semua ini sama seperti perjuangan 'bos' mereka diluar.
Satu pihak memperjuangkan prinsip yang sukar diukur kemajuan mereka,mereka nampak tidak begitu profesional,jumud,degil,dan suka bersikap membantah daripada setuju.
Satu puhak lagi terus memperjuangkan kebendaan,kemewahan,kesenangan sebagai modal mereka untuk menarik perhatian.Yang kadang-kadang saya rasakan ia sudah tidak relevan tapi mungkin boleh berjaya kalau pihak lawan gagal menjawab dan membalas.Perjuangan pihak ini lebih suka memberi gula-gula,yang saya kira samalah seperti 'bos' mereka diluar.
Prinsip mereka juga rapuh dan mudah beralih arah bila disuap..
Kesimpualannya biar siapa pun mereaka,aku tidak kisah tapi aku sangat benci pada mereka yang talam dua muka,hati kata tak mahu tapi tindakan bertentangan.Meraka yang begitu fanatik,mengutuk pihak yang dibenci tapi hari ini dia bersama mereka yang dulu dibenci,dulu bila bercakap habis terbakar seisi tapi hari ini terpaksa jilat kembali ludah.Jijiknya orang ini.
"qul lii haq walau kana murra"
"kamu adalah mereka bila kamu bersama mereka"

No comments:

Related Posts with Thumbnails