Hari ini keadaan bertambah panas. Berita hari ni menyebut ada pihak cuba membuat kekecohan dengan merosakkan gereja. Malahan selepas solat jumaat hari ni di beritakan akn diadakan perhimpunan gergasi. polis seperti biasa beri amaran termasuk kpd blogger! jangan timbulkan kekecohan. Persoalan nya in semua mainan siapa? Umat Islam mudah melatah sampai merosakkan rumah ibadat. akhirnya Islam dipandang serong juga.
namun lebih menghairankan politikus pula cuba bermain politik. Hari ini, mereka sebut bahawa mereka tidak mempolitikkan isu ini kata nya, pembangkang yang memulakan. Yang pelik, kalau pembangkang yang memulakan maksudnya tak tenafi pon yang mereka tak main politik, umpama adek beradek bergaduh, abang tuduh adek. adek tuduh abang yang mulakan tapi dua2 nya tetap gaduh kan? dalam hal ini betullah mereka pon politikan isu ini? Kedua, siapa yang mulakan, sebenarnya mereka, tatkala berdemonstrasi mereka mempersoalkan kenapa PAS tak bising atau berdemo dalam hal ini dan mengapa tunduk dan boneka?? siapa yang mulakan dulu???nak berdemo dgn ikhlas,demo saja lah knapa nak persoalkan org lain tak turun demo. siapa yang provoke supaya bermain politik ni??anda tentukan...
Kedua.. jawapan kepada soalan yang dilontarkan oleh utusan,kata nya pendirian PAs bercelaru, PAS kononnya mengatakan boleh digunakan nama ALLAH mengikut islam pada asas nya namun demi keharmonian politik tidak boleh. dan katanya bertentangan dengan kenyataan nik aziz apabila menyatakan islam melarang keras penggunaannya. Ini lah akhbar utusan meloya yang memutarbelitkan kenyataan untuk dipolitikkan. Sepanjang pembacaan saya Tok Guru tidak pon membuat kenyataan begitu..kata Tok Guru, berlandaskan dalil islam tidak melarang..
"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu
Bukan kah ini jelas?
Malah bukan Utusan sahaja, the Star 6 Jan menyebut; "“In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word ‘Allah’, he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”
Padahal kenyataan rasmi Pas dibuat bersandarkan kepada dalil dan fakta tanpa merujuk apatah lagi menyokong keputusan mahkamah tersebut.
Inilah masalah kalau politik suku agama suka..memang tidak dapat dinafikan dalam hal ini ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Namun jgn dipolimik dan dipolitikan sehinggan Isu asalnya diketepikan sebliknya jari dituding kepada ornag lain semata-mata untuk digelar hero kepada Bangsa dan meraih sokongan politik semata-mata. Tambah buruk ini dijadikanbahan untuk timbulkan kebencian masyarakat terhadap pihak lain.
Ini politik Bangang!
No comments:
Post a Comment