Dalam banyak2 pendapat yang ditulis dalam blog,aku sangat tertarik dengan argument dibawah.Keadaan semakin lucu..apa nak jadila....
pertama:
“Kita tunggu keputusan mahkamah dahulu, kita kena pastikan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sah dari segi perlembagaan.
“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” kata Najib.
maknanya sekarang Kerajaan BN sekarang tak sah,kena tunggu dulu keputusan mahkamah.Sahlah kerajaan Haram.Bukan aku yang kata,Najib yang kata.haha
Kedua:
Panglima Perang Cyber berkata...
Tindakan gantung dan nak buat sidang DUN tanpa perkenan Raja satu cara sangat tidak bermoral.
Sangat tidak beretika dan jelas nak tunjuk power.
Sayang mereka salah guna dan nampaknya politik KEBENCIAN menjadi teras tindakan pihak Pakatan Rakyat.
Ni pun sama macam Pak dia,Najib...sekarang baru nak cerita bab bermoral??yang pegi culik Adun tu bermoralkah??ambil ADUN kene tuduh rasuah,Bermoralka?sejak bila concern pasai bab bermoral ni??
Ni samalah cerita dengan bab derhaka tak derhaka,Penderhaka tuduh orang lain derhaka.
Buat Renungan Bersama.
"Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)."
ali imran:112
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina"
an-nisa':14
Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".
al-an'aam:15
"Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan"
yunus:23
"Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah) Ar-Rahman, di antara mereka."
maryam:69
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
almujadalah:9
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar
aljin:14
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
Asy-Syams:11
No comments:
Post a Comment