Perihatinnya UMNO dan Najib terhadap PAS. Sayang nya mereka kepada perjuangan PAS, kata Muhyidin PAS akan gadaikan prinsip nya kalau berkawan dengan DAP. UMNO kawan dengan MCA tak pulak?
Kecoh sekarang, dari Najib, Muhyidin, penulis pecacai UMNO, termasuk mufti mendendangkan semula pehyatuan PAS-UMNO. Kata mereka PAS terlalu angkuh dan perlu ditampar agar sedar.
Persoalan nya kenapa tiba-tiba sahaja UMNO sayangkan PAS, lantas ajak PAS duduk semeja, tinggalkan Pakatan Rakyat.
Kata mereka kerana melayu
Soalnya, apakah UMNO sudah tidak dapat membela melayu tanpa PAS sedangkan merekalah yg sedang berkuasa? Apakah hebatnya PAS sehingga kalau tidak bersatu dengan UMNO akan musnah lah Melayu?Apakah mereka sudah tidak berupaya lagi? Sudah tentu jawapan mereka TIDAK!
Sebaliknya, UMNO yang berkuasa sekarang sepatutnya memainkan peranan mereka. Tapi lihat sahaja lah apa yg terjadi kepada Melayu. Tanah melayu hilang angkara siapa?? tak perlu pergi jauh, sebaik shj BN rapas kuasa diPerak, siapa yang jual tanah melayu kepada YTL?? dapat shj kuasa, mereka tak berlengah lagi, terus "MEMBELA" melayu. Tahniah!
matlamat mereka sebenarnya hanyalah ingin menggugat Pakatan Rakyat menjelang PRU 13 nanti. Itu sahaja.
masa PAS bersendirian dulu, mereka lah yg telah menghentam PAS dengan teruknya. Pejuang PAS di sumbat ISA, di 'gam'. Pas dituduh pemecah belah masyarakat, PAS dituduh sesat, Hudud mereka persendakan, ceramah PAS di kacau, pendokong PAS dalam sektor kerajaan tidak di biar senang.
Tiba-tiba sekarang mereka jadi sayangkan PAS, takut PAS hilang pendirian konon. Ini bukan dendam tetapi nak bg tahu bahawa bila PAS berseorangan merekalah penentang yang menhina, menghancur, menekan PAS, kini pura-pura sayangkan PAS. Porah!!!
Soalnya lagi, apakah PAS perlukan UMNO untuk menegakkan pinsipnya?? Apakah gejala rasuah, salah guna kuasa, harta kekayaan negara tidak dibahagi dengan adil, kronisme, salah guana kuasa, krisis kehakiman, nepotisme, ketempangan demokrasi,dan banayk lagi kecacatan sekarang dapat dihapuskan bila PAS bergabung atau bersatu dengan UMNO? sedang pelakunya sendiri adalah mereka. jauh sekali ingin laksanakan Negara Islam kerana UMNO dengar HUDUD pun tak nak.
Pak mufti pula terus menerus mendesak, soalnya apakah isu yg sangat crucial sampai memerlukan PAS dan UMNO bersatu? Apakah PAS patut bersatu dengan parti yang halalkan PORNO, JUDI, ARAK???
p/s: Moga isu-isu ini tidak disentuh dalam muktamar PAS akan datang kerana media akan putar alam sampai dia kata PAS nak bersatu dengan UMNO.
Wednesday, May 4, 2011
Wednesday, August 4, 2010
PERAK: KERAJAAN HARAM BONEKA!
Kerajaan Negeri Perak satu ketika dibawah pimpinan PR, DS Ir Nizar berjaya ditumbangkan dan dirampas. Ada sesetengan melayu Ordodoks walaupun "berbaju Hijau" berkata "tak ape, lebih baik diambil oleh BN daripada diperintah "Mata Sepet".
Justifikasi nya sangat mudah sebab MB yang ada hanyalah Boneka! Tanah diserah kepada Bangsa Cina. Hakikatnya, Tanah kampung Baru China yang di diami sejak sekian lama diberikan geran. Adakah dengan memberikan geran tanah kepada penduduk telah menggadai tanah melayu??Tanah yang memang mereka diami sejak merdeka lagi. Tapi demi Kuasa, fakta ini tidak diberitahu malah diputarbelit media jamban UMNO.
Sekarang Kerajaan Coup De tat Perak membuat Perkara yang sama dengan memberikan Geran kepada penduduk Kampung Tersusun Cina. Kenapa tak dengar pula suara-suara anjing melayu menyalak??
Lebih dahsyat sekarang, tanah rezab melayu kampung Sendayan Lama, Padang Rengas bakal "dirampas" dan serahkan kepada YTL Simen(Perak Hanjoong Simen) milik mata sepet!
Dengan biadap dan kurang ajar nye Pejabat tanah memberi surat kepada Pemilik Tanah, meminta pemilik hadir ke Pejabat Tanah untuk tandatangn, bawa sekali Salinan IC dan Buku Bank!! (macam melayu ni kebuloq sangat duit macam UMNO) dan siapa yang engkar dan tak hadir, proceeding tetap dijalan kan!
Melayu tak ada pilihan lagi. Datang dan serahkan tanah kepada Kerajaan dan Kerajaan akan bagi tanah tu kat cina. Nanti kerajaan bagi la pampasan sikit. Bukan Nak ambik free ja!
Woi "pembela melayu"!! Sekarang kenapa tak menyalak. Bahkan lebih dayus lagi, walau pun terkena batang hidung sendiri mereka tetap kata "tak pa datuk MB ada, die pejuang melayu"..kah kah kah kah...
Tanah dah tergadai pon masih nak bodek. Kata Pak Mat(salah seorang pemilik tanah) ," lama-lama kita ni jadi palestin. merempat ditanah air sndiri".
Inilah hasil Rampasan Kuasa orang-orang "Pembela Melayu". Inilah habuan yang diterima. Tahniah.
Aku bukan racist macam UMNO. Tapi dulu dia kata kerajaan Nizar bagi tanah kat Cina tapi sekarang dia lagi teruk,' rampas' tanah melayu dan bagi pada cina. siapa sebenarnya Boneka???
Ada pula seorang cerdik kampung argue, "kerajaan bukan ambik tu terus bagi kat cina, kerajaan bagi tumpang ja...sewa kat cina". Masalah nya Untung nya siapa???
mmm..terinagt pulak lagu racist BTN, moh le kite nanyi same2 yop, kot-kot boleh dapat balik tanah melayu kite ni...MB dengor ni mesti sebak....kah kah kah kah!
Anak Kecil Main Api
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Saturday, April 24, 2010
Kebebasan Media Malaysia
20 minit sudah pun berlalu. Menandakan berakhirnya tempoh beerkempen untuk parti-parti bertanding di Hulu Sealngor.
BN, menampilkan En Kamal sebagai ikon satu malaysia dan Pakatan rakyat pula memperjudikan nasib Datuk Zaid Ibrahim. Siapa yang menang? Esok adalah penentunya. Rakyat di Parlimen Hulu Selangor yang akan menentukan sama ada Kamal atau Zaid.
Namun itu bukan persoalan yang nak dikupas. Sepanjang berkempen macam-macam serangan yang dilontarkan bagi menarik perhatian pengundi. namun sayangnya, Kempen menampakkan ketidakmatangan politk di Malaysia, bukan berkempen siapa yang boleh memberikan khidmat terbaik untuk rakyat, jauh sekali mahu bincang soal dasar dan plan untuk kebaikan negara. Tapi kempen di selubungi serangan peribadi calon, dari kaki botol yang di superimposed sampailah kepada ijazah kamal pun di pertikai. Politik..politik..
Salah satu faktor yang banyak mempengaruhi pemikiran rakyat adalah media. Soal kebesan media bukan lah isu baru, namun isu ini belum ada penghujungnya. Kalau nak dikira, dari sudut kebebasan media secara perlembagaannya, memang panjang. Perkara 10 FC yang membenarkan PPPA 1948 yang menyekat kebebasan mutlak media. Tapi tidak perlulah kita mempertikaikan nya, kerana terlalu panjang untuk kita bahaskan.
Soalnya sekarang, apakah media di Mlaysia adil dalam melaporkan berita? Tidak sama sekali, hari-hari TV3 suku,RTM,TV9, bernama,berita harian, utusan meloya, dan sebaginya menghentam pembangkan seteruk-teruknya. Syaitan,jin,sampah,pengganas, samseng, pembuat huru hara, semua yang buruk bg pada pembangkang. Yang baik semua bN. Sayang nya bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi Media seharusnya berperanan sebagai perantara dan memberikan maklumat yang tepat dan adil agar penilaian dapat di buat oleh rakyat secara adil berdasarkan kepada fakta yang benar yang mereka terima. Akibatnya rakyat cenderung untuk lebih mempercayai media baru, seperti blog, walaupun fakta nya kadang-kadang sangat di ragui. Inilah hakikat apabila sekatan dibuat manyebabkan kesan kepada pemikiran rakyat.
Lihat saja ranking media kita dalam reporters without borders yg menunjukkan ranking buruk media malaysia, malah ranking turut merudum! Ini malambangkan akbar dan media di Malaysia tidak bebas dan dikongkong oleh Kerajaan.
Pesanan buat yg berkuasa hentilah menganggap rakyat Malaysia bodoh dan tuli!
Thursday, April 15, 2010
Rindukan perjuangan
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنْيَـنٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh,
Assalamualaikum
Telah lama aku tidak menulis disini. Baru shaja usai final exam yg agak caca marba persiapan nya. Moga-moga
keputusannya tidaklah caca marba. isu yang sedang hangat sekarang adalah isu pilihanraya kecil hulu selangor. Namun tulisan kali ini tak mahu mententuh soal itu. Masih jauh untuk diramalkan kecenderungan kemenangan kepada siapa.
Tapi kali ini aku ingin meluahkan rasa yang terpendam dalam hati sekian lama. Perjuanagan? perjuanagn apa? apa yang nak diperjuangkan? kita bukan Palestin mahupun Thailand. Berjuang untuk mendapatkan keadilan, tapi sedar atau tidak perjuangan bukan semata-mata untuk menegakkan keadilan sebaliknya perjuangan adalahuntuk menegakkan agama allah sbt. Perjuangan agar hukumNya dilaksana dan Alquran dan Sunnah dijadikan perlembagaan tertinggi. Teringat dan terasa rindu untuk berjuang bersama rakan-rakan yang lain. Teringat kemanisan bersama2 suatu ketika, malah membantu mendekatkan diri dengan Allah taala kerana perjuanagn sudah tentu menuntut penghambaan yang tidak putus-putus kepada Allah, malah itulah sebenarnya tujuan kita berada diatas muka bumi ini.
Jauhnya dan besar nya konsep perjuangan dalam Islam. tapi bila di kaji semula dan bermuhasabah, a[akah itu tuntutan sekarang untuk diri aku? maksudnya adakah itu yang paling aula untuk aku lakukan. Aku rasakan tidak. Kenapa? Ini kerana padaku perjuanagan yang paling besar yang perlu aku hadapi adalah perjuanagan diri sendiri. Perjuanagan melawan hawa nafsu. aku rasa perjuanagan inilah yang sering aku lupakan. Perjuanagan inilah yang aku tinggalkan. Usah bercakap tentang perjaungan menegakkan agama andai diri sendiri tidak menegakkan kewajipan agama, apatah lagi hati, perbuatan, perkataan semakin jauh dari Allah taala. Ini lah sebenarnya perjuanagan yang hakiki buat diriku sementara ini. Ayuh berjuang!
Saturday, March 6, 2010
PAKATAN RAKYAT : APA YG BOLEH DIHARAPKAN LAGI?
Assalamualaikum.
Pakatan Rakyat yang di tubuhkan atas dasar pemuafakan menentang kezaliman, ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah, nepotisme, kronisme menggila, dan sebagainya hari ini seakan hilang arah. Di asaskan dengan Barisan Rakyat (people front) pada awalnya, seakan memberikan harapan kepada rakyat sebagai alternative kepada rakyat kerana kesepkatan itu dibina walaupon perbezaan ideologi mereka begitu ketara. Lantaran itu, rakyat menaruhkan harapan besar apabila memberi mandat besar pada PRU 12, sekali gus menafikan 2/3 hegomoni BN.
Namun sayang, ia tak kekal lama. tatkala menang di kedah, selangor, pinang, perak dan kelantan pada awalnya seakan baik dan bakal memberi cabaran kepada BN. Tapi tidak, ia bermula dgn keangkuhan 16 September, diteruskan dgn keangkuhan apabila menang di kebanyakan pilihanraya kecil, kini saat kehancurannya bermula. Mula dengan silver frog yg menumbangkan kerajaan Yeop Nizar, bermula lah drama katak si katak lompat. di selangor, pinang, dan negeri lain. Kini sudah 4 orang MP yang lompat jadi bebas, bayan baru,nibong tebal, bagan serai, dan terbaru dipecat pula Kulim bandar baru! Apa sudah jadi. PRU 12 yang dikatakan tsunami politik mungkin akan hanay tinggal sejarah dan sejarah itu takkan berulang. Sayang nya, harapan diberi dikhinati dan disia-siakan. Ini sekali lagi Politik Bangang!
Saturday, February 27, 2010
English? Why Not??
Assalmualaikum..
Yesterday, my classmate told me that he wanna use english as medium in conversation while in AIKOL. I said why? simple to improve my english he said. Then he started speaking English with me. At the end of the class he laugh at me and says he so tired because of English.Hahaha..me too but we have to start. Otherwise we gonna face problem later. After that i was thinking why not i use Englishin my blog. Do a try... but for me, blog is place where i want to express my feeling. The problem with English is i cannot really express my feeling and me my self do not satisfied when using English. But ill try first..hehehe
Tuesday, January 19, 2010
Test,Assignment, dan Pilihanraya Kampus
Minggu ni memang minggu yang pling mencabr untuk nulan January ni. 20hb ada dua test, UNGS dan juga Land Law. 21hb pula Equity termasuk preparation untuk Company Law question yang sangat horror. Assignment pula bertimbun. Public International Law 1 presentation on 19th dan kena hantar written Assignment pada hari yang sama, mujur PIL dah ready lama.
Di sebalik kesibukan minggu ni, terselit pula Pilihanraya Kampus UIA. Penting ke?? disebabkan kita tak pernah ambil tahu maka sebab tu la kita tak dapat rasai kepentingan nya. Yang kita tahu komplen je. Ermmm...
Pro-M Ketandusan Calon?
Bukan nak sibuk pasal hal orang cuma terfikir. Kerusi di Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim sudah di isytihar menang tanpa bertanding. Makna nya AIKOL bakal sunyi dan tiada kempen tiada buang undi. Kenapa? Daripada cakap cakap belakang(bukan bisik-bisik awang selamt,tu tak leh caye) kerusi aikol hanya di tandingi oleh seorang je daripada PRo-M. Betul ke? Entah la tak dapat nak diberi kepastian. Ada aku Kesah!
tapi sunyi ke Aikol? tak juga, pagi tadi bila kau ke kelas bersepah-sepah risalah yang tertulis "Wufi kumpunan Kerusi AIKOL" and risalah kotor anjing pon ada. Dah menang pon Tak puas hati lagi???
Subscribe to:
Posts (Atom)